Sunday, June 4, 2017

Gejala di Awal Puasa



Ketahui gejala yang mungkin dialami ketika di awal puasa;

-Sakit kepala. Ini berlaku kerana toksin yang berkumpul di dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.

-Lenguh-lenguh badan.

-Lidah berdaki (berwarna putih) dan mulut berbau.

-Air kencing pekat (kekuningan) dan berbau.

-Cirit-birit.

-Letih lesu. Keadaan ini berlaku kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan yang dimakan dari luar. Maka, gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan. 

Thursday, June 1, 2017

Tips Ketika Berpuasa





Ikuti beberapa tips untuk panduan anda ketika berpuasa:

-Minum air yang mencukupi, banyakkan minum air masak atau air suam.

-Kurangkan minum minuman berkafein dan jauhi tabiat merokok.

-Jangan terlalu gelojoh ketika makan (berbuka puasa)

-Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau.

-Jadikan buah-buahan seperti kurma, buah tin, prun dan limau ketika berbuka atau bersahur.

-Makan secukupnya untuk memberi ruang bernafas dengan selesa. 

-Pengambilan vitamin B2, vitamin C dan multivitamin atau multimineral boleh membantu membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi.

Wednesday, May 24, 2017

Mencari Stail Sendiri



Apa yang anda perlu pertimbangkan: Pemilihan pakaian dan cara anda menggayakannya akan menggambarkan peribadi diri sama ada diri seorang yang ceria, feminin atau 'rebellious'. Ikuti enam langkah untuk membongkar stail anda.

1. Cuba jenguk wardrobe anda

Apakah pakaian yang paling banyak di dalam almari anda. Jika banyak gaun, stail anda feminin dan sweet. Jika penuh dengan seluar stail anda simple dan relaks.

2. Fikirkan tentang pakaian kesukaan anda

Belek album gambar lama. Fokus kepada apa yang anda lihat pada diri, adakah anda suka dengan pilihan warna, potongan dan stail itu. Sesuaikah pula dengan bentuk tubuh?

3. Apakah yang anda pakai, kali terakhir dipuji seseorang?

Mungkin ada orang pernah berkata kepada anda kelihatan anggun dalam sesuatu pakaian. Jadi, akan datang sentiasa tampil dengan pakaian yang mempunyai ciri-ciri pakaian itu untuk memudahkan anda pergi shopping.

4. Bila shopping, apa yang menarik perhatian anda?

Sedang anda 'just browsing' di butik kegemaran, apakah yang menarik perhatian mata anda dahulu (gunakan deria mata dan deria rasa). Kenal pasti adakah gaya anda klasik, sporty, glamor ataupun simple.

5. Stail siapa yang paling anda suka?

Majalah adalah rujukan terbaik untuk mencari idea dan fesyen terkini. Foto selebriti boleh dijadikan petunjuk untuk menata gaya sendiri. Jika idola anda itu suka dengan stail vintage, cari saja di kedai second hand atau bundle.

6. Layari laman Web Fesyen

Layari internet, cuba buka laman web fesyen. Jika ada fesyen runway yang cantik dan praktikal paling sesuai di mata anda, simpan dan masukkan ke dalam folder sebagai rujukan ketika anda mahu bergaya.

Thursday, May 18, 2017

Double Vision


ADAKAH ANDA MENGALAMI DOUBLE VISION??

APA ITU DOUBLE VISION?

APAKAH PUNCA DOUBLE VISION TERJADI?

.

Double vision ini juga dikenali sebagai diplopia. Penglihatan berganda atau lebih mudah disebut “double vision” ini sering dikaitkan dengan penglihatan kabur.

Ini kerana, apabila double vision itu terjadi, dengan secara automatiknya, penglihatan akan menjadi kabur.

Pemeriksaan biasanya dilakukan dengan dengan menutup sebelah mata berganti-ganti untuk memastikan mata mana yang mengalami double vision dan seterusnya.


i) Binocular Diplopia

- Ini disebabkan apabila mata ditutup sebelah, penglihatan adalah normal.

- Jika melihat menggunakan kedua-dua belah mata, penglihatan adalah kabur dan double vision.

berlaku akibat:


i- gangguan saraf 3, 4 dan 6

ii- myasthenia gravis

iii- orbital infiltration


ii) Monocular Diplopia

- Jika salah satu atau kedua-dua mata (jika tutup kedua-dua mata, memanglah tak nampak ;D )

- Nampak kabur atau double vision.

- Berpunca daripada: katarak, keratokonus, astigmatism, corneal scarring dan dislocated len.


P.S : InsyaAllah jika anda ikhtiar dengan produk I-drop, i-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hidapi.

Jangan risau kerana tidak terdapat sebarang bahan kimia dalam I-drop.
Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan tentang I-drop hubungi Nia 0122043633. 

Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini


#sumbersetiawangsaoptopmetrist
#PenawarMata
#Idrop

Penyakit Berkaitan Mata Yang Bakal Dihidapi Pada Usia Tua


Umur 50-an kebiasaannya adalah peringkat umur yang membawa pelbagai perubahan kepada keadaan hidup seseorang. Persaraan, Anak-anak yang semakin meningkat umur, terminologi 'warga emas'dan menopaus adalah amat sinonim dgn peringkat umur 50-an.

Tidak ketinggalan mata manusia yang juga mengalami perubahan akibat peningkatan umur dan proses penuaan..Sesetengah perubahan adalah normal dan berlaku pada semua orang.
.
Ada juga perubahan yang berkaitan dengan penyakit dan ketidakstabilan sistem badan.

1. Presbiopia (Rabun Dekat)

Perubahan ini adalah paling biasa berlaku pada umur di atas 40 tahun dan semakin ketara apabila memasuki era 50-an... Presbiopia sebabkan seseorang kehilangan keupayaan untuk membaca dekat dan menggunakan komputer...
.
Secara umumnya sume individu dalam peringkat umur ni akan berpengalaman mengalami situasi ni tidak kira pemakai cermin mata ataupun tidak.
.

2. Katarak (Selaput Dalam)

Kajian menunjukkan 50% individu 70 tahun keatas mengalami katarak. Katarak adalah proses pengeruhan kanta yang asalnya lutsinar. Proses ini berlaku secara berperingkat dan semakin teruk. Katarak adalah salah satu fenomena akibat proses penuaan.

Katarak biasanya tidak akan diberi apa-apa rawatan sehinggalah mengganggu penglihatan seseorang tu. Pengidap katarak di nasihatkan tidak lagi menukar cermin mata dengan kerap kerana tindakan ini akan membazirkan wang je..

3. Diebetes

Dianggarkan 5% dari individu 50 thn ke atas adalah pengidap diebetes. diebetes sebagaimana sedia maklum adalah seperti 'bom jangka' yg secara senyap akan merosakkan organ-organ dalaman tubuh. pengurusan penyakit serta detection awal kepada diebetes adalah penting dalam mencegah penularan kesan 'penyakit senyap' ini.

Bagi mata, pemeriksaan harus dilakukan sejurus selepas seseorang itu didapati mengidap diebetes dan diikuti paling kurang setahun sekali untuk memeriksa kesan struktur dalaman mata akibat diebetes. Jika pemeriksaan awal tidak dilakukan, kemungkinan kerosakan struktur mata adalah tinggi dan akan menjejaskan penglihatan.
.

4. Glaukoma

Glaukoma dapat membuatkan pesakit kehilangan sebahagian medan penglihatan. Ini menyebabkan perkembangan glaukoma harus dipantau untuk memastikan saraf-saraf optik tidak rosak. Kebanyakan rawatan tidak memerlukan pembedahan dan hanyak akan diberi ubat titis khas untuk mengawal takanan cecair dalam mata.

Jika seorang pengidap katarak mengalami glaukoma, ini kebiasaanya akan mengundang rasa sakit pada bola mata. Keadaan ini biasenye pulih apabila katarak dibuang dan tidak memerlukan pembedahan khas untuk glaukoma.

#penawarmata
#Idrop

P.S : InsyaAllah jika anda ikhtiar dengan produk I-drop, i-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hidapi.
Jangan risau kerana tidak terdapat sebarang bahan kimia dalam I-drop.
.

Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan tentang I-drop hubungi Nia 0122043633. 
Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini

Diabetes dan Kaitannya dengan Masalah Mata



BAGI ANDA YANG MENGHIDAPI PENYAKIT DIABETES ANDA PERLU MEMBACA INFO DI BAWAH INI

PENYAKIT diabetes, keadaan di mana kandungan gula di dalam darah lebih tinggi daripada normal kini menjadi antara penyakit paling menular di negara ini dan seluruh dunia.

Namun, keupayaan diabetes membawa bersamanya pelbagai penyakit lain menjadikannya lebih berbahaya dan membimbangkan.

Kandungan glukos yang tinggi di dalam darah bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan kepada salur darah malahan pelbagai komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung, darah tinggi dan penyakit mata seperti katarak dan glaukoma.

Selain itu, penyakit mata yang dikenali sebagai retinopati akibat diabetes juga amat membimbangkan dengan kadar 80 peratus kes buta di kalangan pesakit diabetes berpunca daripada penyakit ini.

Retinopati menyebabkan kerosakan kepada lapisan retina di bahagian belakang bebola mata akibat salur darah yang tersumbat, bocor atau bertambah terlalu banyak.

Perubahan kepada salur darah retina dan lapisan saraf di bahagian belakang mata yang peka cahaya menyebabkan aliran darah yang terhad ke mata dan menghalang cahaya daripada sampai ke retina.

Jika tidak dirawat dengan segera, pesakit mungkin akan mengalami penglihatan yang kabur atau menjadi buta.

Terdapat empat peringkat retinopati diabetes:

1. Retinopati ringan dan tidak melarat peringkat awal, berlaku kebengkakan salur darah retina.

2. Retinopati sederhana tetapi tidak melarat keadaan penyakit yang telah berkembang, beberapa salur darah ke retina tersumbat.

3. Retinopati teruk tetapi tidak melarat retinopati teruk di mana lebih banyak salur darah ke beberapa bahagian retina tersumbat menyebabkan retina memberi isyarat supaya badan membentuk salur darah baru ke bahagian yang tidak menerima aliran darah.

4. Retinopati melarat peringkat lanjut yang menyebabkan penumbuhan salur darah baru hasil isyarat dari retina. Salur darah baru yang tumbuh di sepanjang retina dan gel gemaca mata ini bagaimanapun tidak normal dan rapuh.

#sumberutusanmalaysia
#penawarmata
#Idrop

P.S : Amalkan titisan I-drop ke mata anda setiap hari, insyaAllah dapat mengurangkan risiko penyakit mata yang bakal di hidapi oleh anda. Jangan risau kerana tiada bahan kimia di dalam I-drop.

Untuk pembelian I-drop hubungi Nia 0122043633. 

Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini

Migraine dan Kaitannya dengan Mata: Part 1

ADAKAH ANDA SEORANG YANG SERING ADA GANGGUAN SAKIT KEPALA YANG TERUK??


Serangan sakit kepala yang teruk boleh juga diikuti dengan rasa gangguan pada penglihatan.

Antara bentuk gangguan penglihatan yang terjadi adalah seperti penglihatan anda tersa seperti ada kilatan atau cahaya terang, ada gangguan seperti tompok-tompok hitam dan banyak lagi.

Jika YA, anda mungkin ada penyakit mata yang dikenali sebagai retinal migraine iaitu migraine pada mata.

.

Migraine ini memang agak ketara berlaku terutamanya di kalangan remaja. Antara bentuk gangguan adalah seperti berikut:-

.

1. Penglihatan seperti kaca pecah. (positive scotoma)

2. Penglihatan tengah menjadi kabur. (negative scotoma)

3. Penglihatan seperti merekah. (fortification)

4. Medan penglihatan menjadi separuh. (hemianopia)


.

Ini kerana, semasa serangan retinal migraine ini, mata anda kurang menerima oksigen dan salur darah ke mata semuanya menjadi kecil dan mata seolah-olah 'lemas' buat seketika.
Oleh sebab itu, tahap penglihatan akan terganggu buat semetara waktu.

.

P.S : InsyaAllah jika anda ikhtiar dengan produk I-drop, i-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hidapi.

Jangan risau kerana tidak terdapat sebarang bahan kimia dalam I-drop.
Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan tentang I-drop hubungi Nia 0122043633. 

Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini
.
.
#sumberanissuzannablogspot
#PenawarMata
#Idrop

Tip Penjagaan Mata Bagi Penggunaan Komputer


Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :

Kedudukan skrin komputer

Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata.

Pencahayaan yang bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian.

Kurangkan silau

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.

Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya.

Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (Multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata.

Kelipkan mata dengan kerap

Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tidak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (Dry Eye).

Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

Rehatkan pandangan

Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata anda.

#penawarmata
#Idrop

 P.S : InsyaAllah jika anda ikhtiar dengan produk I-drop, i-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hidapi.

Jangan risau kerana tidak terdapat sebarang bahan kimia dalam I-drop.

Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini