Monday, March 17, 2014

KEPENTINGAN VITAMIN

Adakah anda mempunyai msalah berikut? Jika ada anda perlu mengambil vitamin tambahan untuk kekal sihat;

-kurang tenaga/letih/lesu/penat,
-berat bdn berlebihan
-selalu pening
-gusi berdarah,
-mudah calar
-mengantuk,
-gugup
-selsema,
-selalu mengambil painkiller
-nafas berbau,
-sakit2 sengal badan,
-sakit bahu,
-sembelit,
-rambut gugur

Itu semua adalah tanda2 biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat. Jika dibiarkan berlarutan tak musthil ia membawa kepada sakit2 kronik.. yg masa ketika itu.. anda kene bergantung pada ubat.. Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegah? mari apply tips2 di bawah ni..

-Bersenam sekurang2nya 3x seminggu ( tak semestinya ke gym..boleh pilih yang simple2..turun naik tangga ke...skipping ke...)
-Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein,rokok..
-Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses ..ie fastfood... kerana makanan yangtinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu.
-Makan lebih sayur dan buah..makan protin dari sumber rendah lemak
-Minum 8-10 gelas air yang bersih
-Belajar kawal stress dan tekanan hidup
-Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C , Vitamin E & B Complex..

Apa Itu Vitamin?

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, Karbohidrat dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Apa akan terjadi jika tidak mengambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin.

Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.