Sunday, March 16, 2014

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN


Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C

Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Perasan tak kat botol Vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained Released(pelepasan masa)?..Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?
Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.