Tuesday, April 8, 2014

BAGAIMANA CARA MENAMBAH BERAT BADAN DENGAN EFEKTIF

Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya ramai yang ingin menguruskan berat badan. Tetapi ada juga segelintir yang mempunyai masalah kurus atau underweight. Ramai juga yang berkeinginan untuk menambahkan berat badan supaya  tidak kelihatan kurus kering / kerempeng ataupun kelihatan kecil berbanding rakan-rakan yang bersaiz besar dan ingin mempunyai  sedikit musle supaya kelihatan lebih cantik dan dapat bergaya dengan pelbagai fashion pilihan. Di bawah antara cara-cara yang anda boleh ikuti untuk menambahkan berat badan.






Tetapkan niat dan matlamat anda

Niat anda hanyalah untuk memastikan badan kekal sihat, kita perlu tetapkan niat dalam hati agar segala tips yang dikongsikan dapat dilakukan dengan baik.


Jangan skip waktu makan

Dengan makan yang cukup akan dapat menastikan badan kita sentiasa mendapat kadar protein, garam galian dan kalori yang mencukupi.


Makan makanan mengandungi kalori yang tinggi

Makan roti. Roti mengandungi kalori yang tinggi berbanding nasi. Pengambilan kalori yang banyak akan membantu mempercepatkan penambahan berat badan.


Makan banyak kali atau kerap

Makan dengan kadar yang mengenyangkan tetapi banyak kali selepas beberapa jam. Bukan makan banyak sekali gus... Orang yang berbadan besar sering dikaitkan dengan makan banyak. Tetapi bezanya sini kita makan makanan yang berkhasiat dan yang sesuai untuk menambah berat badan.


Mengambil makanan tambahan / Vitamin / Suplemen

Mengambil makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil vitamin B dan C akan membantu menseimbangkan pemakanan anda. Piramid Makanan. Rujuk piramid makanan semasa memilih makanan yang hendak di makan.


Bersenam

Senaman ini penting untuk membentuk otot-otot pada badan / pilih senaman yang sesuai. Jika tidak melakukan senaman dikhuatiri badan menjadi gemuk pula kerana kebanyakan cara menambah berat badan yang saya kongsi berkaitan dengan makan.


Focus, rajin dan disiplin

Untuk berjaya, anda perlulah mempunyai keinginan dan disiplin yang kuat. Kecepatan berat bertambah bergantung dengan cara bagaimana anda melakukan tips ini dan keadaan badan. Satu lagi, elakkan mengambil ubat yang tidak berdaftar, yang kononnya boleh membantu anda menambah berat badan dengan cepat. Takut ada kesan sampingan yang lain.