Thursday, April 3, 2014

Tips Cantik Selebriti Barat

Jennifer Love Hewitt
Jennifer Love Hewitt , pelakon siri Ghost Whisper ini mempunyai kulit yang sihat dan selalu nampak hebat walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. Dan bagi si cantik manis ini juga, dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk membuang jerawat di mukanya. Setiap kali berhadapan dengan masalah jerawat, Jenifer akan meletakkan ubat gigi pada jerawatnya setiap kali sebelum tidur.

Jessica Biel
Bagi memelihara keremajaan kulitnya, Jessica akan mencampurkan gula dengan pencuci mukanya. Ia akan digunakan sebagai scrub. Menurutnya lagi, selain gula ada kalanya, dia juga mencampurkan pencuci mukanya dengan garam atau oatmeal. Hasilnya, kulit muka tidak akan terluka dan sel-sel kulit mati juga secara lembut dapat dibuang keluar.

Rihanna
Bagi penyanyi popular Rihanna pula, jadual seninya memang sentiasa padat dan ia membuatkan dirinya sering tidak bertenaga. Tetapi Rihanna tidak pernah mendukacitakan peminatnya. Lihat sahaja penampilannya yang sentiasa bertenaga disamping kulit yang sentiasa cantik. Bagi Rihanna, untuk mendapatkan kulit yang sentiasa kelihatan segar, dia menggunakan bedak debu berwarna 'bronze' sebagai asas solekannya. Sapuan di dahi, dagu, hidung serta pipi mebuatkan dia sentiasa nampak 'mahal'.

Naomi Watss
Bagi pelakon jelita ini, mudah sahaja untuk memiliki kulit muka yang cantik. Naomi sendiri sentiasa mengelak dari mengambil makanan ringan di samping melakukan rawatan muka enam hingga lapan kali setiap minggu. Menurutnya lagi, rajin berjalan sambil menghirup udara segar pun turut menyumbang untuk memperolehi kulit yang sihat. Selain itu cuba kurangkan dari mengenakan solekan agar kulit boleh bernafas, minum air dengan banyak serta dapatkan tidur yang cukup.