Sunday, July 6, 2014

Tips dalam Menjaga Kesihatan

a). Empat perkara yang dapat menguatkan tubuh iaitu makan daging, mencium haruman, banyak mandi dan memakai pakaian dari bahan yang selesa dipakai.

b). Empat perkara yang dapat melemahkan tubuh iaitu terlalu banyak bersetubuh, terlalu banyaj bersedih, terlalu banyak meneguk air liur dan terlalu banyak memakan makanan yang masam.

c). Empat perkara yang dapat menajamkan penglihatan, iaitu duduk mengadap Ka'bah/kiblat, memakai celak mata setiap malam, memandang yang hijau-hijau dan membersihkan tempat duduk.

d). Empat perkara yang dapat merisakkan mata iaitu melihat benda-benda kotor, melihat orang yang disalib/salib, melihat kemaluan wanita dan duduk membelakangi Ka'bah/kiblat.

e). Empat hal yang dapat menambahkan kekuatan akal iaitu meninggalkan dari bercakap perkara yang sia-sia, bersugi, sering menghadiri majlis orang-orang soleh dan majlis para ulama.