Tuesday, November 25, 2014

GOUT DARI SUDUT PERUBATAN MODEN



Gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan lelaki. Bagaimanapun, perempuan yang sudah putus haid ataupun menopaus juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Tanda-tanda menghidapi gout:

1.      Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.

2.      Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

3.      Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.

4.      Genetic dari keluarga.

Empat Peringkat Gout

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada symptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, symptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang di panggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan singkirkan daripada badan melalui air kencing. Ada kalanya badan menghasilkan terlalu banyak Kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan Kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Faktor Risiko

1.      Jantina – Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

2.      Gaya hidup – Individu yang banyak meminum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

3.      Obesity – terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

4.      Genatik – kajian mendapati satu daripada empat pesakit dating daripada keluarga yang ada masalah gout.

5.      Umur – biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan tanpa mempunyai sebab ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi ketara pada tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka menggigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu hinnga dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerap kali pada bahagian sendi yang akan merosakkan sendi serta fungsinya.


-Milenia Muslim: Mac 2011-