Sunday, November 9, 2014

Kepentingan Air dalam Perlangsingan



Seperti yang sering disarankan oleh pakar-pakar pemakanan, air amat penting untuk tubuh badan. Sekurang-kurangnya, kita perlu minum antara enam hingga lapan gelas setiap hari. Hal ini dapat membantu memelihara kesihatan kerana air juga berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh badan.




Mengenal pasti fungsi air dengan baik dapat membantu anda menjalani program diet dengan lebih berkesan dan berjaya. Justeru, penuhi keperluan air di dalam tubuh setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan dan sebagai langkah tambahan untuk memastikan program diet anda berjalan lancar. Berikut adalah beberapa fungsi air bagi tubuh:

Pembentukan sel dan cairan tubuh
Komponen utama sel kecuali lemak adalah air, iaitu 70-85 peratus. Air berperanan penting dalam pembentukan pelbagai cairan tubuh seperti darah, cairan di perut, hormone, enzim dan sebagainya. Selain itu, air juga terdapat dalam otot sehingga otot dapat berfungsi dengan baik.

Mengawal suhu badan
Air menghasilkan rasa panas, menyerap dan menghantarnya keseluruh tubuh sehingga dapat memelihara suhu tubuh agar tetap stabil. Melalui penghasilan peluh yang sebahagian besarnya terdiri daripada air dan garam, air juga dapat menyejukkan suhu tubuh.

Pelarut
Air membantu melarutkan zat-zat dan nutrisi lain yang masuk ke dalam tubuh. Selain itu, ia membantu dalam proses pencernaan makanan. Disebabkan air merupakan zat anorganik, air tidak akan dicerna. Air dengan cepat dapat melalui bahagian usus halus dan sebahagian besarnya diserap dan kemudian berfungsi sebagai salah satu komponen mukus agar sisa zat makanan dapat dikeluarkan sebagai tinja.

Pelincir
Air juga berfungsi sebagai pelincir dalam bentuk cairan sendi yang memungkinkan sendi untuk bergerak dengan baik dan meredam geseran antara sendi. Air juga menjadi bantalan tahan getar pada jaringan tubuh, misalnya pada otak, mata, medulla spinal dan kantung amniom di dalam rahim.

Medium transportasi
Disebabkan strukturnya yang terdiri daripada dua atom hydrogen dan atom oksigen, air mudah bergerak dari satu bahagian sel ke bahagian yang lain, dari satu sistem tubuh ke sistem yang lain. Air juga merupakan medium transportasi yang efektif. Dalam sistem pernafasan, air membantu perjalanan oksigen keseluruh tubuh dengan berkesan.

Detoksifikasi
Tubuh menghasilkan pelbagai sisa metabolisme yang tidak diperlukan termasuklah sisa toksin. Sisa-sisa metabolisme itu dikeluarkan melalui saluran air kencing, saluran pencernaan, saluran pernafasan dan juga kulit. Kesemua ini memerlukan air sebagai medium untuk melancarkan proses-proses tersebut.

-Wanita: Manfaat air untuk perlangsingan-