Tuesday, November 18, 2014

Khasiat Kurma dalam Perubatan



Daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau memimpin Kota Madinah bahawa Sa’ad berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“sesiapa yang makan tujuh biji kurma ‘Ajwah yang tumbuh di kawasan Kota Madinah pada pagi hari, siangnya dia tidak akan terkena bahaya apa pun hingga petang.” (Riwayat Ahmad)

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa tamar yang ada supaya menepati hadis Rasulullah s.a.w.:

“Daripada Amir bin Sa’ad daripada ayahnya berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: ‘Sesiapa yang setiap pagi memakan tujuh biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun dan sihir.” (Riwayat al-Bukhari)

Mengikut hasil kajian sains, khasiat terbukti:

1.      Memanaskan badan

2.      Mencergaskan tubuh

3.      Membantu tumbesaran kanak-kanak

4.      Melancarkan perjalanan darah

5.      Menghindari barah

6.      Mencuci hati

7.      Membantu mengurang pengaliran darah semasa kelahiran

Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.

Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita 
sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, khasiat jus kurma antara lain:

1.      Menolong mencengkam Rahim sewaktu kelahiran
2.      Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
3.      Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
4.      Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu.

Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalakkan pertambahan susu.

Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.
Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

Firman Allah kepada Maryam, ibu Nabi Isa, supaya memakan kurma, ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin:

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.” (Surah Maryam 19:25)


-Solusi: Rahsia Kurma-