Friday, November 14, 2014

Manfaat Ikan dalam Kesihatan



Assalamualaikum…

Hari ini saya tertarik untuk berkongsi mengenai manfaat ikan dalam kesihatan. Memandangkan ramai yang masih tak tahu atau maybe tak pernah nak ambil tahu mengenai khasiat yang terdapat dalam ikan. Actually memakan satu atau dua hidangan ikan setiap minggu boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung. Itu adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipandang remeh. Sama ada anda ingin mengelak daripada penyakit jantung atau sudah menghidapinya dan inginkan kesihatan yang lebih baik, memakan ikan memang mempunyai banyak manfaat.

Sukar bernafas, sakit dada, tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang cepat dan pening adalah symptom masalah jantung. Penganbilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya.

Amalan memakan ikan memberi banyak manfaat. Antaranya:

Ibu hamil dan bayi

Pakar pemakanan menyarankan golongan ibu hamil agar mengambil lebih banyak ikan untuk pertumbuhan janin mereka. Satu kajian menunjukkan lebih 11,000 wanita yang hamil selama 32 minggu telah mengalami pertumbuhan janin yang lebih kecil dan tidak sihat akibat kekurangan mengambil makanan berasakan ikan.

Kajian Dr Imogen Rogers dari Universiti Bristol juga turut mengakui pengambilan ikan akan meningkatkan pertumbuhan janin kerana kandungan omega-3 yang terdapat di dalamnya. Omega-3 yang terdapat di dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding dengan sumber makanan lain.

Sendi sihat

Kes artritis (sakit sendi) dikalangan masyarakat Eskimo dan rakyat Jepun jauh lebih rendah berbanding Negara lain. Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak ika kod oleh pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs)

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah-masalah berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.

Osteoartritis

Osteoartritis adalah penyakit sendi degenerative yang boleh mnyerang semua orang. Peyakit ini adalah hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi. Ia biasanya membabaitkan orang tua, namun ada juga orang muda yang menderita penyakit ini. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan seperti kaki iaitu lutut dan buku lali.

Artrutis rheumatoid

Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan. Artritis rheumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakkannya membabitkan kumpulan usia antara 25-40 tahun.

Bagi sesetengah orang, artritis rheumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat, merebak dari satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.

Kepentingan Omega-3

-          Perkembangan otak
-          Pertumbuhan sel
-          Meningkatkan pertumuhan janin
-          Mengurangkan kompilasi penyakit diabetes
-          Mengawal gula dalam darah
-          Mengurangkan risiko penyakit jantung kerana tidak berlakunya pengumpulan kolesterol di dalam pembuluh darah.
-          Mengurangkan risiko penyakit strok kerana tidak berlakunya pengumpulan bintik-bintik darah pada dinding pembuluh darah.
-          Mengurangkan risiko darah tinggi
-          Mencegah penyakit inflamasi seperti penyakit kulit, asma, reumatik, dermatitis dan psoriasis.
-          Mencegah penyakit buah pinggang
-          Membantu menyembuhkan penyakit depresi, skizofrenia
-          Mengurangkan gejala hiperaktif anak.