Monday, November 24, 2014

Masalah Jaundis

sumber: google

Bayi yang baru lahir berisiko menghidap jaundis atau dikenali sebagai penyakit kuning, samada bersifat fisiologi atau patologi. Kira-kira 50 peratus hingga 70 peratus bayi akan mengalami jaundis dalam minggu pertama selepas dilahirkan.

Jaundis fisiologi bermula selepas 48 jam bayi dilahirkan dan akan beransur sembuh dalam dia minggu pertama serta tidak berbahaya. Manakala jaundis patologi bermula dalam masa 48 jam selepas dilahirkan dan berbahaya kerana pemecahan sel-sel darah merah berlaku secara berlebihan.

Jaundi dalam Perubatan Tradisional

Ibu kepda bayi baru lahir yang menghidapi jaundis, sering dinasihatkan doctor agar tidak mengambil sebarang jenis jamu kerana amalan ini dikatakan antara punca bayi mengalami jaundis.

Namun bagi dalam perubatan tradisional pula, pengambilan jamu untuk tujuan kecantikan, perlangsingan atau kesihatan tubuh badan, boleh diambil sekurang-kurangnya 14 hari selepas bersalin.

Manakala penggunaan herba seperti daun inai dan dukung anak sering digunakan sebagai amalan tradisional untuk merawat bayi yang mengalami jaundis. Malah seluruh bahagian dukung anak mempunyai nilai perubatan sebagai penghilang dahaga, merawat bronchitis, kusta, anemia dan asma. Manakala akar dukung anak yang masih segar merupakan penawar kepada penyakit kuning bayi baru lahir.

Fakta tentang punca jaundis terbahagi dua iaitu:

1.      Jaundis Fisiologi

Jaundis jenis ini sering berlaku pada bayi dan tidak berbahaya jaundis ini kebiasaannya bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada minggu pertama. Jaundis fisiologi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang yang menyebabkan badan bayi tidak dapat menyingkirkan bahan bilirubin.

2.      Jaundis Patologi

Jaundis ini bermula dalam tempoh dua hari pertama selepas lahir dan boleh menjadi berbahaya. Jaundis patologi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah secara berlebihan berpunca dari:

-          Ketidakserasian darah anatara ibu dan bayi (keadaan ini berlaku jika ibu mempunyai darah O dan bayi darah A, B ata AB atau ibu mempunyai darah Rhesus negative).

-          Kekurangan enzim G6PD – sel-sel darah merah menjadi tidak stabil apabila didedahkan kepada makanan dan ubat-ubatan serta bahan-bahan tertentu. Namu begitu, darah bayi akan diperiksa untuk kehadiran enzim ini sejurus selepas dilahirkan.

-          Jangkitan kuman pada bayi.

-          Pengumpulan darah di dalam tisu-tisu badan seperti lebam pada badan akibat proses kelahiran yang sukar.

Masalah Jaundis Berpanjangan

Jaundis akan berpanjangan apabila keadaan kekuningan pada bayi berlanjutan sehingga 14 hari bagi bayi yang lahir cukup bulan atau 21 hari bagi bayi yang lahir pramatang. Ini disebabkan oleh:

1.      Aliran hempedu yang tersekat daripada hati ke usus kerana keadaan kongenital ‘biliary atresia’. Ini akan menyebabkan najis bayi akan menjadi pucat dan kencing bewarna pekat.

2.      Kekurangan hormone tiroid. Kes ini jarang berlaku, iaitu anggaran 1 dalam 4000 kelahiran. Proram saringan kebangsaan akan memastikan bahawa semua bayi baru lahir akan melalui pemeriksaan penyaringan darah tali pusat untuk mengetahui penyakit ini.

3.      Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak menbahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.

4.      Jangkitan kuman pada air kencing. Doctor akan melakukan pemeriksaan lebih lanjut kerana keadaan ini boleh menjadi tanda awal sistem buah ginjal bayi bermasalah.

Tanda-tanda Bahaya Jaundis

1.      Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

2.      Peningkatan kekuningan yang cepat.

3.      Bayi mengalami kekurangan enzim G6PD (G6PD enzyme deficiency).

4.      Anak terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.

5.      Bayi kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.

6.      Najis bayi kelihatan pucat atau kencing kelihatan pekat (warna the O).


-Aniqah: Bilirubin Punca Jaundis-