Thursday, November 6, 2014

Masalah Pencernaan Punca Pelbagai Gangguan Kesihatan


Menurut pakar perubatan, ubat yang paling mujarab terutamanya dalam penjagaan kesihatan adalah dengan mengawal pemakanan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”
Sisa makanan yang terkumpul di dalam usus akan mempercepatkan lagi proses penuaan. Malah ia boleh menyebabkan berlakunya masalah-masalah kesihatan seperti sembelit, sakit perut, obesity, pedih hulu hati, mual-mual, pernafasan terganggu, badan berbau, darah bertoksin dan kulit kasar.

Antara punca seseorang itu mengalami masalah pencernaan adalah:

-Makan terlalu banyak makanan berempah.
-Makan secara berlebihan.
-Terlalu banyak makanan berlemak dan berminyak.
-Makan terlalu cepat/gelojoh.
-Tekanan perasaan atau gementar.
-Penyakit batu karang.
-Inflamasi/masalah keradangan pancreas.
-Inflamasi perut.
-Merokok.
-Makan atau minum terlalu banyak kefein.
-Ulser.
-Terlalu banyak menggunakan ubat-ubatan termasuk antibiotic, aspirin, anti inflamasi dan seumpamanya.

Tanda-tanda sistem pencernaan bermasalah:

-Banyak angin (lebih kerap buang angin daripada biasa).
-Kembung perut.
-Mudah penat.
-Mudah berparut.
-Keradangan kulit ataupun masalah kulit.
-Berat badan bertambah dengan cepat.
-Sering sendawa.
-Pedih hulu hati.
-Makanan tidak hadam dengan betul.
-Keradangan lain.

Tip-tip mengelakkan dan menangani masalah sistem pencernaan

-          Jangan makan terlalu banyak

Cuba kawal jumlah pengambilan makanan setiap kali anda makan. Pastikan tidak makan terlalu banyak kerana akan menyebabkan usus adana ‘bekerja’ dengan lebih kuat dan secara tidak langsung akan merosakkan system pencernaan.

-          Kunyah makanan hingga betul-betul lumat

Sebaik sahaja makanan dimasukkan ke dalam mulut, cuba kunyah makanan tersebut secara perlahan-lahan sebelum ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim daripada air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan. Manakala makanan yang tidak dikunyah dengan betul akan menyukarkan pencernaan serta menyebabkan sembelit.

-          Minum sebelum atau selepas makan

Anda pasti biasa mendengar ungkapan “jangan makan berulam air.” Ia sememangnya nasihat yang sangat baik terutamanya untuk sistem pencernaan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan di dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaliknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

-          Amalkan jadual ‘tandas’ yang tetap

Mengamalkan jadual ke tandas secara tetap setiap hari juga adalah langkah untuk ‘menyelamatkan’ perut anda. Amalan ini secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

-          Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan adalah langkah yang paling mudah. Kedua-duanya bukan sahaja mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan malah mempunyai serat yang tinggi.

-          Minum air secukupnya

Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan menggagu proses penghadaman. Anda juga pastinya lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan. Jumlah yang seharusnya diminum setiap hari ialah lapan gelas atau lebih.

-          Selalu bersenam

Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan. Anda tidak perlu bersusah payah ke gym atau ke taman untuk melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan secara tidak langsungwalau di mana sahaja. Contohnya adalah dengan berjalan atau menaiki tangga ketika di pejabat, berjalan dari tempat leta kereta ke pusat beli-belah, berjalan bersama anak-anak, berkebun atau sebagainya. 

-          Elakkan diri daripada tekanan

Tekanan ataupun stres sememangnya tidak baik untuk usus anda. Ia akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolic dan sekiranya berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan. Dengan itu, elakkan diri daripada dibelenggu stres.

-          Makan produk tenusu kultur

Makanan berasakan produk tenusu kultur adalah sangat baik kerana ia membantu ‘membersihkan’ perut anda. Contohnya makanan tersebut termasuklah dadih, minuman kultur dan juga keju.

-          Ruang dan masa untuk rehat

Pastikan anda meluangkan masa untuk berehat terutamanya dalam suasana tenang, kerana ia boleh membantu meredakan masalah berkaitan pencernaan.

-          Pengambilan ubat-ubatan

Elakkan pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin dan seumpamanya. Jika benar-benar anda perlukannya. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum menelan ubat tersebut.

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu Anda?

Setiap sel, tisu dan organ di dalam tubuh anda amat bergantung kepada sistem penghadaman yang sihat dan penyerapan zat untuk kesejahteraan.

Memperkenalkan vitamin dari Shaklee

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Set Shaklee Digestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat secara semula jadi.

Kebaikan:-

-melegakan sembelit*
-meningkatkan kesihatan sistem penghadaman*
-menyokong kesihatan usus*
-membantu menyahtoksin badan*
-membantu mngurangkan berat badan*
-melegakan perut yang tidak selesa*