Sunday, November 30, 2014

Obesiti: Ubah Gaya Hidup Anda


Masa makan yang tidak tetap, mengunyah dengan cepat ketika makan, pengambilan makanan secara berlebihan dan suka mengambil makanan ringan ketika menonyon televisyen boleh mengundang kegemukan.



Obesity merupakan musuh utama bagi semua orang. Secara amnya, obesity merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang dan menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya di seluruh dunia.

Antara penyakit berbahaya yang berpunca daripada obesity adalah penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi (hipertensi), kencing manis (diabetes mellitus) dan sebagainya. Selain menjejaskan kesihatan fizikal, penampilan luaran yang gemuk turut menyumbang rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan amalan hidup yang mengabaikan kesihatan merupakan punca utama yang menyumbang kepada obesity.

Penambahan Berat Badan

Penambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak Kkalori dan gaya hidup yang kuramg aktif. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat atau untuk mencapai matlamat penyusutan berat badan, adalah penting untuk mencuba membuat perubahan membuat perubahan secara sederhana kepada kedua-dua belah persamaan tenaga: input tenaga (Kkalori makanan) dan output tenaga (Kkalori yang digunkan untuk BMR dan aktiviti fizikal). Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita dan dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik.

Punca Obesity

a)      Genetik dan Keturunan

Masalah obesity berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesity.

b)     Persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi factor obesity.

c)      Gaya hidup

Masa makanan yang tidak tetap dan mengunyah dengan cepat ketika makan serta pengambilan makanan secara berlebihan. Suka mengambil makanan ringan semasa menonton televisyen atau wayang.

d)     Sebab psikologi

 Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesity. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e)      Masalah metabolisma

Penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menyebabkan obesity. Diantara masalah metabolisme adalah hormone tiroid, berlebihan hormone kortisol dan sekarang ini kekurangan horon leptin.

f)       Kurang bersenam

Senaman boleh meningkatkan kadar metabolism asas (BMR) untuk mengelakkan kegemukan (obesity), menggalakkan pembakaran lemak badan serta meningkatkan penggunaan kalori, meningkatkan metabolism badan serta memudahkan pembuangan toksin, mencegah penyakit kronik dengan mempertingkatkan fungsi jantung dan sistem respiratori.

Untuk mengekalkan berat badan yang ideal, antara prinsip yang harus dititikberatkan adalah pengambilan makanan yang berkalori rendah, nutrient seimbang dan senaman yang mencukupi.

-Milenia Muslim: Mac 2011-