Wednesday, November 12, 2014

Penyakit Lelaki Muda


Tahukah anda kebanyakan penyakit bahaya jarang menunjukkan gejala di peringkat awal? Muda atau tua bukan soalnya kerana penyakit ini tidak pernah mengenal usia. Justeru, jangan lalai menjaga kesihatan anda. Ayuh kita lihat antara penyakit yang berisiko dihidapi golongan lelaki muda sekiranya lambat mendapatkan rawatan.

Batu karang

Batu karang biasanya dialami oleh lelaki terutamanya mereka yang kurang minum air. Minum air bukan bererti anda boleh minum air sebarang air manis sebaliknya minum air suam. Apa akan berlaku ialah apabila buah pinggang menapis darah, bahan buangan metabolic akan terbentuk di dlam bahagian tersebut dan mengeras seperti batu.

Chlamydia

Ia adalah di anatara penyakit jangkitan seksual yang kerap berlaku kalangan lelaki. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria ‘Chlamydia Trachomatis’ yang hidup di dalam air mani tetapi jarang menunjukkan gejala yang nyata. Gejala mungkin hanya akan kelihatan seminggu atau tiga minggu selepas jangkitan di mana penis akan mengeluarkan lendir dan rasa sakit setiap kali membuang air kecil.

Denyutan jantung tidak sekata

Jangan sangka lelaki yang berusia 60an sahaja menghidapi masalah ini. Ya, lelaki muda seperti anda juga mempunyai risiko menghadapi masalah kelainan denyutan jantung dengan purata empat peratus. Bianya masalah jantung berdebar atau degupan jantung terlalu laju berlaku pada mereka yang melakukan senaman melebihi had. Individu yang mengalami rasa kebimbangan yang terlampau atau rasa cemas keterlaluan.

Ulser

Ulser berlaku apabila asid di dalam perut meresapi bahagian selaput yang melindungi perut dan memakan tisu-tisu yang berada di bahagian tersebut. Gejala ulser yang biasa berlaku dalam kalangan lelaki muda adalah ulser di bahagian perut ke bahagian usus kecil.

Lingkaran cecacing

Ia bukanlah masalah cacing di dalam perut sebaliknya jangkitan kulat yang menyebabkan kesan merah dan bengkak kecil berbentuk bulat yang timbul pada kulit. Jangkitan kulit ini boleh menyebabkan masalah kegatalan pada kaki, kulit kepala, tubuh badan dan juga kuku.

-Mingguan Wanita: Klinik Lelaki-