Saturday, November 15, 2014

Tangani Stres Cara Islam



Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran dan syariat islam. Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi stress dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentisa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Antara cara menangani stress adalah dengan mendirikan solat-solat sunat. Insya-Allah seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran. Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah:153)

Malah amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa. Mengamal, mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran juga mampu mengubati stres. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya. “al-Quran dalah penawar kepada kesakitan minda” (riwayat Bukhari).


Membaca al-Quran memberikan ketenangan bukan sahaja kepada pembaca malah sesiapa yang mendengar bacaannya. Selain itu hendaklah sentiasa berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan dalam menangani stress untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan Tuhan Kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (al-Ghaafir: 60)