Monday, November 17, 2014

Tip Penyusuan Susu Badan


Susu ibu merupakan makanan semulajadi yang mengandungi khasiat sesuai dengan keperluan bayi. Susu ibu juga mudah dicerna oleh bayi serta mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan terutama pada awal kelahirannya.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Ia bukan sahaja mempunyai banyak khasiat, malah mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan bayi. Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting kea rah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat dan cergas. Banyak kajian dilakukan di merata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperoleh daripada susu formula.

Jadi kita tidak seharusnya mensia-siakan kurniaan Allah SWT ini. Kaum ibu sememangnya digalakkan untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu sahaja selama enam bulan dan meneruskan menyususan sehingga dua tahun. Dalam tempoh ini, bayi tidak perlu diberi air masak atau makanan tambahan. Makanan tambahan atau pelengkap hanya boleh dmulakan selepas bayi berusia enam bulan. Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini banyak disebut dalam surah-surah al-Quran.

Menyusu dengan Selesa

Pastikan kedudukan anda dan bayi dalam keaadaan selesa. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan meresahkan bayi.
Bayi yang baru lahir menyusu 12 kali sehari. Ibu perlu menyusui bayi mengikut keseleseaan dan bagi setiap penyusuan efektif, Si ibu harus:
1.      memegang bayi dalam posisi yang selesa tanpa menegangan bahagian belakang, bahu lengan atau tangan.
2.      Penggunaan bantal dapat membantu meninggikan kedudukan bayi agar lengan ibu tidak menjadi lenguh. Jika saiz payu dara ibu agak besar, gunakan kain lampin yang telah digulung untuk disendalkan di bawah payu dara sebagai sokongan. Kain lampin gulung yang diletakkan di bawah lengan atau tangan juga dapat menyokong kepala bayi dan mengelakkan ketegangan otot lengan.
3.      Sentuh bibir bayi dengan hujung puting perlahan-lahan sehingga dia membuka mulutnya. Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian bewarna coklat).
4.      Apabila ibu berada dalam keaadaan selesa, kekalkan kedudukan di mana mulut bayi akan merangkumi keseluruhan putting. Bibir atan dan bawah bayi tergulung sedikit terkeluar manakala dagunya mencecah payudara.
5.      Ibu mungkin merasakan satu sensasi tegangan lembut pada putting dan aerola semasa menyusu. Jika penyusuan dilakukan dengan betul, ibu akan merasa selesa namun jika mengalami kesakitan, berhenti menyusu dan mula semua dengan posisi yang betul.
6.      Lihat pergerakan mulut, leher dan dahi bayi. Apabila bayi menyusu dengan baik, ibu dapat melihat pergerakan mulut serta pergerakan dahi dan leher bayi semasa dia menelan susu.
7.      Ibu mungkin boleh mendengar bunyi susu ditelan. Ada ketika bayi menghisap dengan pantas pada permulaan susuan dan berhenti seketika sebelum menyambung menghisap semula.
8.      Selepas menyusu, masukkan jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
9.      Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Pastikan anda menyediakan tuala kerana bayi muungkin termuntah susu. Jika bayi tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
10.  Letakkan bayi di bahu anda.
11.  Gosokkan atau tepuk belakang badannya perlahan-lahan.

Tanda Penyusuan Berjaya

1.      Bayi yang lapar akan menghisap dengan pantas pada awal penyususan. Apabila penyususan diteruskan untuk beberapa minit, bayi menjadi lebih selesa dan akan menghisap dengan lebih perlahan.
2.      Semasa menyusu, bayi mungkin tertidur. Ini menunjukkan bayi sidah kenyang.
3.      Bayi yang mendapat susu mencukupi tidak banyak merengek.
4.      Selepas hari ketiga, bayi yang mendapat susu mencukupi mampu menghasilkan enam lampin basah dan dua lampin kotor setiap sehari. Jika bilangan lampin yang ditukar kurang, dapatkan bantuan doctor pakar kanak-kanak atau kaunselor Laktasi.

Tangani Bayi Mengantuk

Jika bayi sedang tidur dan ibu ingin mengejutkan bayi untuk menyusu, cuba teknik-teknik ini:
1.      Tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
2.      Dakap bayi dengan sentuhan kulit ke kulit.
3.      Urut bayi dengan pergerakan lembut jari-jari tangan dan kaki ke dada.
4.      Usap tangan dan kaki bayi.
5.      Sentuh dan usap belakang badan bayi dengan jari-jari anda.
6.      Gunakan jari yang bersih untuk menyentuh pipi bibir dan mulut bayi.
7.      Geletek dagu bayi.
8.      Bercakap dan menyanyi pada bayi dengan nada suara yang normal.
9.      Salin lampinnya.
10.  Sapukan muka bayi dengan tuala pelembab.
11.  Gerakkan bayi perlahan-lahan.


-Aniqah: Tip peyususan susu badan-