Tuesday, December 30, 2014

Artritis Menyerang di Usia Emas


Artritis terdiri daripada osteoarthritis (OA), Rheumatoid Arthritis, Infectious artriti dan Polymyalgia rheumstica. Namun, yang sering menyerang bahagian sendi yang menampung berat badan seperti lutut, buku lali dan pinggul selain bahu, siku, pergelangan tangan dan sendi jari kaki dan tangan.
Selain itu, bengkak yang tegang di persekitaran sendi, keras di bahagian sendi, sakit di sekitar sendi, otot mengecil, pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya sehingga sukar melakukan tugasan tertentu di samping sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.

Faktor-faktor risiko osteoarthritis

·         Peningkatan umur semakin meningkat usia, semakin terdedah kepada kemungkinan menghidap OA.
·         Kegemukan, di kedua-dua sendi lutut yang mendapat OA.
·         Keturunan, terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
·         Pergerakan yang keterlaluan.
·         Kecederaan sendi yang teruk seperti patah tulang, koyan pada bahagian meniscus dan kerosakan pada ligamen.

Rawatan

Ia bergantung pada tahap kesakitan yang dialami akibat OA. Lazimnya, apabila seseorang itu mengalami sakit sendi terutama pada tahap teruk, mereka perlu membuat pemeriksaan sebelum mendapat rawatan untuk membuat pemeriksaan fizikal dan X-ray. Namun, perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi. Antaranya adalah:

Pengubatan

Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan. Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.

Penurunan berat badan

Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan. Penurunan berat akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut. Penururnan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan ke atas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.

Fisioterapi

Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi, meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya yang berlarutan. Semua pesakit perlu mengambil bahagian di dalam program senaman untuk menggerakkan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.

Program senaman

Program senaman perlu dikhususkan untuk setiap individu. Gabungan senaman termasuk pergerakan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobic berintensiti rendah yang bersesuaian kepada individu.
Terdapat dua jenis program senaman iaitu senaman gerakan sendi dan senaman meningkatkan kekuatan. Kedua adalah senaman isometric yang kemudian diikuti senaman berintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari. Selain itu, senaman aerobik juga digalakkan termasuk berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sebanyak tiga kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobik dan terapi dalam air.

Perlindungan sendi

Pesakit sendi adalah dinasihatkan menggunkan alat bantuan atau sokongan berjalan untuk perlindungan sendi terutama sendi paha dan lutut seperti tongkat, kasut yang selesa dan menyerap retakan dan alat sokongan lutut (taping).
Disamping itu, kaedah terapi haba menggunakan beg tuam panas Short Wave Diathermy dan ultrasound juga membantu mengurangkan sakit disamping meningkatka fleksibiliti dan mengurangkan bengkak. Walau bagaimanapun, terapi haba tidak digalakkan untuk sakit sendi yang akut.

Sementara kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) pula berkesan untuk menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih empat minggu.

Ubat makan

Bagi warga tua, pemberian ubatan perlu mengikut sukatan dan nasihat doctor kerana ia mungkin memberi kesan sampingan. Ini kerana apabila umur meningkat, fungsi buah pinggang dan hati menurun. Oleh itu, adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi warga tua.

Pemberian Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding UBat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).

Walau bagaimanapun, NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastrik, gangguan fungsi buah pinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.

-Keluarga 2011: Atritis di Usia Emas-

Kurangkan Kesakitan Sendi dengan Advanced Joint Health Tablet dari Shaklee.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Semulajadi Membantu Anda Kekal Bergerak Bebas

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrient penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Campuran formula saintifik ini juga mngandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamia yang pekat yang dapat akan memanfaatkan kesihatan sendi seperti berikut:

·         Menyokong keselesaan sendi
·         Membantu mengekalkan tulang rawan
·         Memelihara tisu penyambung yang sihat
·         100% bebas kondroitin