Tuesday, December 23, 2014

Kesihatan Hati (Liver Health)




HATI menurut Kamus Dewan adalah organ dalam badan berwarna perang kemerah-merahan, terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan atas (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dalam darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen). Hati menurut pemahaman ilmu perubatan adalah salah satu daripada beberapa organ di dalam dada manusia, ia berwarna merah pekat.



Hati atau liver berfungsi untuk menyalurkan protein makanan dan minuman setelah diproses oleh organ usus dan buah pinggang yang telah berubah menjadi darah yang mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh seperti lemak dan minyak, darah putih dan insulin lainnya. Dan dengannyalah tubuh menjadi sihat dan kuat.
Hati boleh rosak dan tidak berfungsi apabila saluran pembuluhnya banyak tersumbat disebabkan kotor dan berkarat seperti makanan dan minuman yang mengandungi sifat panas yang melampau seperti minum arak atau tuak, hisap rokok yang melampaui batas, makanan yang banyak mengandungi rempah panas, kebiasaan minum air suam yang tidak mencukupi sukatannya yang diperlukan tubuh.








Apabila hal ini diamalkan bertahun-tahun tanpa disedari, akhirnya organ hati itu menjadi lembik, lemah, mengembang sehingga pembuluh-pembuluhnya tidak ada kekuatan atau tidak ada kesegaran yang aktif kerana suhu panas usus dan lalu tersumbat, maka protein makanan dan minuman tidak dapat melalui pembuluhnya, sementara usus perut dan buah pinggang tetap terus menerus menyalurkan hasil penghadamannya yang akhirnya perut membengkak, membusung kerananya dan hati berdarah, bernanah busuk, maka disebut penyakit kanser hati.
Ada kalanya penyakit hati ini disebabkan oleh kuman yang hinggap di dalam hati kerana darah dalam tubuh tidak mengandungi pahit, darah yang tidak mengandungi pahit memang mudah dihinggapi oleh kuman. Kuman bertelur, menetas serta membiak di dalam hati sehingga kuman tersebut merosakkan tisu-tisu pembuluh hati dan akhirnya membengkak. Apabila telah diketahui melalui pemeriksaan doctor, maka disebut penyakit itu sebagai kanser hati, atau barah hati yang semakin ramai manusia di zaman sekarang menghidapinya dan tidak kurang diakhiri dengan kematian.

Bagaimana rupa hati anda?


Tingkatkan Kesihatan HATI dengan Shaklee