Monday, December 22, 2014

Khasiat Buah Pisang





Jika nak dibandingkan pisang dan epal, pisang adalah jauh lebih baik sama ada daripada segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan protein dalam pisang adalah 4 kali lebih banyak daripada epal. 2 kali lebih karbohidrat, 3 kali lebih phosphorus, 5 kali lebih vitamin A dan Iron, 2 kali lebih banyak mineral dan vitamin daripada epal.

Pisang boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

1.      Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
2.      Kolesterol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendahkan kolesterol.
3.      Cirit-birit – potassium dan meagnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit –birit.
4.      Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
5.      Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
6.      Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25gram gula setiap 126 gram pisang (19.85).

Tahukah anda buah apakah yang paling berkhasiat dalam dunia ini?

Yaaa… Pisang!

Tapi ramai di antara kita perlekehkan Pisang. Mereka menganggap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.

Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian membuktikan dengan hanya memakan 2 biji pisang, badan kita dibekalkan tenga yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah. Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.

Pisang sebenarnya bukan saja membantu kita membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Tetapi ia juga berkhasiat dalam melindungi kita daripada terkena pelbagai jenis penyakit.

Menurut kajian yang dijalankan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut;

1.      Kemurungan
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami maslah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Tryptophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan kesegaran tubuh badan.

2.      PMS
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ini, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah. Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik, ianya dapat mengurangkan perasaan moody anda.

3.      Anemia
Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsang pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.

4.      Tekanan Darah
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.

5.      Mencerdaskan Otak
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, pisang telah membantu semua pelajar tersebut daam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

6.      Penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi di dalam pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.

7.      Mabuk disebabkan Minuman Keras
Salah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah banana milkshake. Pisang di blender bersama dengan susu dan madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alcohol.

8.      Heartburn
Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan pisang.

9.      Morning Sickness/ Muntah-muntah
Amalan memakan pisang diantara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula di dalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang menghadapi masalah morning sickness atau muntah-muntah.

10.  Gigitan nyamuk
Jika anda terkena gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan.

11.  Saraf
Pisang kaya dengan vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

12.  Ulser
Pisang adalah buah yang enak dan lembut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat anta). Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana engamalkan makan pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.

13.  Masalah Perokok
Ole kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ianya juga digunakan oleh perokok-perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.

14.  Stress/ Tekanan
Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengwal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami maslah tekanan.

15.  Strokes
Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa, amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.

16.  Ketuat
Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.