Friday, December 26, 2014

Menjaga Diet yang Teratur untuk Tahap Kesihatan yang Baik


Mengatur diet kita secara teratur dan betul, bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ia juga boleh dijadikan suatu amalan yang baik dalam mengurang dan mengekalkan berat badan pada ukuran optimum. Cara paling baik untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengambil diet normal yang mengandungi kalori rendah.

Diet normal ialah program terpadu antara pengaturan makanan dengan kebiasaan makan di samping meningkatkan kegiatan riadah. Diet ini harus mengandungi semua makanan yang diperlukan oleh tubuh dalam jumlah tertentu. Sebaik-baiknya ialah makanan tersebut dapat diimbangi dengan ekonomi, tidak menyusahkan, enak dan mengandungi lebih sedikit kalori daripada yang diperlukan oleh tubuh.

Di samping itu, kita juga perlu melakukan riadah atau aktiviti sukan agar tenaga lebih yang tersimpan dalam bentuk karbohidrat dan lemak dapat dibakar dan digunakan. Semakin berat jenis aktiviti yang dilakukan, semakin banyak lemak yang terbakar.

Beberapa langkah positif berikut hendaklah dilakukan untuk mengekalkan kesihatan kita pada tahap terbaik di samping dapat mengawal berat badan kita pada ukuran ideal.

Kurangkan pengambilan lemak

1.      Mengambil sumber protein haiwan daripada ayam dan ikan, elakkan seboleh-bolehnya daging lembu dan kambing.
2.      Kurangkan makanan berlemak seperti mentega, keju dan santan.
3.      Jika perlu, gunakan Cuma empat atau lima biji telur seminggu termasuk yang digunakan dalam sesetengah masakan.
4.      Gunakan kurang minyak, sebaik-baiknya gunakan minyak jagung atau minyak bijirin lain dan elakkan daripada minyak kelapa.

Kurangkan pengambilan gula

1.      Hindari daripada memakan makanan yang manis dan berkalori rendah seperti aiskrim, coklat, gula-gla, kuih-kuih manis dari halwa.
2.      Gunakan buah-buahan bersama-sama dengan roti dan mentega daripada menggunakan jem atau kaya.
3.      Makan buah-buahan segar dan bukannya buah-buahan dalam tin kerana buah-buahan dalam tin mengandungi banyak gula dan kebanyakan khasiatnya telah musnah.
4.      Sebagai pemanis sesetengah masakan, lebih baik menggunakan buah-buahan atau madu berbanding gula.

Tubuh kita memerlukan hanya 3 gram gula sehari.

a.       Semua makanan dalam tin biasanya mengandungi banyak perasa monosodium glutamate dan garam (natrium klorida). Jadi, elakkan makan makanan dalam tin, sebaliknya makanlah sayur-sayuran, daging atau ikan yang dimasak sendiri.
b.      Gunakan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut selepas makan.
c.       Kurangkan memakan semua jenis makanan yang menandungi banyak garam seperti ikan kering, telur masin dan lobak masin.

Di samping itu, kebiasaan diet normal yang baik ialah makan tiga kali sehari, iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam secara rutin. Elakkan makan makanan selingan yang lain. Kebiasaann seperti ini sepatutnya diajarkan kepada anak-nak supaya ia menjadi amalan makanan dan pemakanan mereka pada masa akan dating.

Pemakanan yang baik semasa hamil

Ibu yang telah mengambil diet normal sebelum hamil tidak perlu mengubah amalan dietnya sewaktu hamil, mereka cuma perlu makan lebih sedikit daripada biasa. Tetapi, biasanya selera mereka tidak tentu sewaktu hamil dan ini memerlukan pemeriksaan berat badan secara berkala. Banyak atau sedikit pertambahan berat badan mereka membolehkan penentuan pengubahsuaian diet mereka.

Ibu mengandung selalunya mengalami kekurangan darah yang berpunca daripada kekurangan beberapa vitamin dan mineral. Keadaan ini dapat dicegah atau diperbaiki dengan memberi “penambah darah” (haematinic supplement). Walau bagaimanapun, “penambah darah” ini tidak perlu jika haemoglobin darah ibu berkenaan normal.

Penambah darah yang biasa diberi di klinik ialah ferus sufat dan asid folik selepas kandungan berumur 24 minggu. Ibu juga diberi tablet kalsium yang sangat penting untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang bayi yang dikandung. Tablet ini juga dapat mengurangkan kekejangan otot.

Ibu hamil juga sering mengalami sembelit dan buasir semasa mengandung. Oleh sebab itu, mereka perlu mengambil banyak makanan yang mengandungi serat.

Makanan dari tumbuh-tumbuhan

Istilah vegetarian boleh dimaksudkan sebagai orang yang hanya memakan makanan yang bersumberkan tumbuhan dalam kehidupan seharian. Soalan yang selalu ditimbulkan ialah adakah makanan vegetarian ini mencukupi keperluan kesihatan tubuh kita? Apakah sebenarnya makanan vegetarian? Vegetarian boleh dibahagikan kepada dua golongan.

Golongan pertama disebut vegan, iaitu golongan yang tidak makan atau minum apa-apa juga makanan atau minuman yang berasal daripada sumber haiwan. Golongan yang kedua pula ialah laktovoo, iaitu vegetarian yang minum susu dan makan terlur.

Sebenarnya, makanan vegetarian juga dapat memberikan kesihatan yang tidak kurang berbanding dengan makanan biasa. Kita mungkin mendapat banyak protein daripada daging atau makanan bersumberkan haiwan yang lain. Tetapi didapati bahawa kadar protein dalam darah orang yang makan daging adalah sama dengan orang yang tidak makan daging.

Di samping itu, vegetarian juga didapati mempunyai kadar kolesterol darah yang lebih rendah. Lebih-lebih lagi, jenis makanan vegetarian yang seimbang mengandungi lebih serat dan ini sangat baik untuk kesihatan.