Thursday, December 4, 2014

Protein untuk Kekalkan Kesihatan

Protein meliputi 18 peratus daripada keseluruhan berat tubuh. Pada umumnya, makanan daripada haiwan ialah sumber yang baik bagi protein, contohnya daging, ikan, telur, susu dan keju. Protein daripada tumbuh-tumbuhan dapat diperoleh daripada kekacang dan ubian. Kini, terdapat pula sumber protein berupa protein sel tunggal yang berasal daripada bakteria, yis dan cendawan.

Protein dalam badan penting untuk membentuk tisu, enzim dan juga berguna dalam pembentukan antibody yang dapat melawan penyakit. Pengambilan protein yang berlebihan biasanya tidak mendatangkan masalah kepada badan Cuma ia agak membebankan tugas buah pinggang.

Hal ini kerana hasil akhir sintesis protein, iaitu asid amino akan dibakar menjadi tenaga atau dibuang melaui buah pinggang sebagai urea, dan tidak pernah disimpan. Walau bagaimanapun, sesetengah asid amino dapat dibentuk sendiri oleh tubuh kita. Selebihnya terpaksa diambil daripada makanan dan ini dipanggil asid amino pedu.

Semakin aktif seseorang itu dan semakin tinggi berat badannya, maka semakin banyak pula protein diperlukan. Makanan yang hasilnya daripada kacang soya seperti taucu dan tempe merupakan sumber protein yang unggul dan murah. Hasil penelitian menunjukkan bahawa setiap 100 gram kacang soya mengandungi 35 gram protein. Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah protein yang terdapat dalam 10 gram telur dan 12 kali ganda jumlah protein yang terdapat dalam 100 gram susu.

Keistimewaan protein kacang soya
Keistimewaan protein kacang soya ialah kerana ia cenderung menyerupai protein haiwan berbanding dengan protein tumbuh-tumbuhan lain. Protein kacang soya juga mengandungi dua kali ganda asid amino perlu berbanding dengan daging. Di samping itu kacang soya mengandungi paling banyak mineral seperti kalium, kalsium, zat besi dan magnesium. Kacang soya mengandungi hampir semua jenis vitamin dalam jumlah yang banyak.

Dapatkan Sumber Protein Hebat dengan Shaklee

Protein merupakan asas blok binaan untuk kesihatan yang kritikal dalam pembinaan dan mengekalkan otot, pemulihan tisu, keimunan dan hamper keseluruhan fungsi tubuh. Selain itu, protein juga dapat membantu menangkis kelaparan dan melonjakkan tenaga.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

-          Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

-          Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormone yang teratur.

-          Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.

-          Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

**Indeks glisemik bagi peringkat karbohidrat adalah berdasarkan kesannya terhadap gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang.