Monday, December 29, 2014

Rawat Penyakit Resdung atau Sinusitis Sebelum Terlambat!



Resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus.

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka – pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan tuut meliputi bahagian dahi seseorang.

Gejala dan cara cegah resdung

Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung adalah dengan merawat dengan segera sebelum ia melarat. Gejala resdung adalah seperti berikut:

1.      Hidung tersumbat
2.      Lendir daripada hidung dan tekak
3.      Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
4.      Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
5.      Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
6.      Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Faktor resdung

1.      Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
2.      Hidung bengkok
3.      Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
4.      Jangkitan gigi atas
5.      Ketumbuhan di dalam hidung
6.      Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas dan kertas
7.      Tisu belakang hidung yang bengkak terutama kanak-kanak.

Komplikasi resdung

1.      Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
2.      Jangkitan otak (meningitis)
3.      Sakit tekak yang serius
4.      Jangkitan tulang muka
5.      Lelah dan semput
6.      Berdengkur yang serius
7.      Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
8.      Selesema biasa yang melarat.

Penghidap resdung biasanya mengalami symptom sinusitis seperti:

1.      Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
2.      Hidung tersumbat
3.      Hidung selalu berdarah dan bernanah
4.      Jerawat di belakang badan
5.      Rambut gugur dan berkelemumur
6.      Sakit kepala
7.      Keletihan dan badan rasa kurang sihat
8.      Batuk kronik
9.      Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
10.  Mata berair
11.  Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah.


Rawat Sebelum Terlambat



Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mucus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dengan segara, radang pada sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.

Di samping itu, radang boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibat meningitis dan berisiko otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut. Terdapat beberapa factor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung.

Antara yang utama, ialah:

-          Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
-          Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisko tinggi untuk mendapat resdung.
-          Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
-          Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam didalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.


Kurangkan Gejala Resdung dengan Produk Shaklee



Alfalfa Complex

-         Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri

-         Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gelgata.

-         Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa.


Nutriferon

-         Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang berhabuk, jerebu dan tidak sihat.

-         Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung yang agak kronik.

Vitamin C

-         Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamine

-         Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh

-         Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol

-         Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)

-         Meningkatkan pertumbuhan tisu.


Testimoni Pengguna Set Resdung Shaklee






Tip menguruskan resdung

1.      Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
2.      Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
3.      Setiap individu alah pada makanan yang berlainan terutamanya ramai yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
4.      Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
5.      Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
6.      Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
7.      Elakkan menggunakkan semburan hidung dekongestan lebih daripada tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
8.      Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
9.      Berbincanglah dengan doctor anda sebelum mengambil ubat demam/ paracetamol kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan masalah lain.

Petua mengelak resdung

1.      Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
2.      Gunakan kain yang lembab untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah.
3.      Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot.
4.      Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab.
5.      Simpan pakaian dalam almari yang bertutup.
6.      Kurangkan penggunaan permaidani dan set sifa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu.
7.      Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya sekali seminggu.