Sunday, December 14, 2014

Stres dan Cara Atasi




Stres ialah sesuatu keadaan yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Andainya kita tidak mengalami stress, kemungkinan kita tidak terlibat dalam sebahagian besar aliran aktiviti hidup. Stress bergantung pada sikap penerimaan seseorang terhadap permasalahan yang dihadapai. Hal-hal yang menimbulkan stress bagi seseorang belum tentu akan menimbulkan stress bagi orang lain.

Ini disebabkan penerimaan individu terhadap sesuatu maslah adlah berbeza dan sekaligus membezakan juga tahap ketegangan stress yang dihadapi oleh individu berbanding dengan yang lain. Stress terjadi akibat tekanan psikologi yang dapat menimbulkan gangguan mental dan penyakit fizikal seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, ulser, radang usus, penyakit kulit, bahkan penyakit jantung. Kesan stress pula sebenarnya banyak yang ditentukan oleh sikap individu dalam menghadapinya. Agen atau hal-hal yang menyebabkan stress disebut streson.

Dalam kehidupan kita sehari-hari, terdapat banyak hal yang boeh mendatangkan keadaan stress. Antara penyebab yang utama ialah penceraian, kematian pasangan (suami atau isteri) atau kematian orang yang paling dekat (ayah, emak atau anak-anak), hilang pekerjaan, sakit dan kecelakaan, ini diikuti oleh stressor yang kurang tegang, antara lain ialah perkahwinan, pekerjaan yang baru, kelakuan anak atau kematian teman-teman.

Keadaan stress akibat pekerjaan merupakan yang paling umum ditemui, terutamanya di kalangan para eksekutif atau pegawai, sama ada di sector awam mahupun swasta. Fenomena ini kerap dibicarakan dalam kehidupan moden sekarang terutamanya di kota-kota. Antaranya ialah:

a.       Kemampuan
Pegawai yang terlalu cepat naik pangkat sedangkan pengalaman serta kematangan jiwa masih belum mencukupi akan mengalami banyak stress. Begitu juga seorang yang diberikan jawatan atau tugas yang tidak standing dengan kemampuan atau di luar bidangnya juga akan mengalami hal yang sama.

b.      Perubahan
Dalam era yang serba canggih ini globalisasi terjadi dalam segala hal. Kita haruslah boleh menyesuaikan diri dengan segala perubahan dengan kadar yang cepat. Andainya segala perubahan norma dan pola kehidupan ini tidak dapat diikuti, ia akan menadi stresor yang cukup besar.

c.       Tekanan
Hal ini berkaitan dengan beban kerja dan jangkkan atau wawasan organisasi yang terlalu tinggi. Masa berada di pejabat terasa terlalu singkat untuk mengerjakan tugas yang begitu banyak. Pihak organisasi atau pegawai atasan pula menjangkakan hasil kerja yang cekap, cepat dan tepat.

d.      Perantaraan
Banyak juga para eksekutif atau pegawai yang berada di kedudukan tengah yakni tersepit antara pihak atasan dengan pihak bawahan yang kedua-duanya mempunyai keinginan yang berbeza atau bertentangan.

e.       Perselisihan
Perselisihan sering menjadi punca ketegangan dalam pejabat. Suasana kerja yang tegang akan mengganggu semangat bekerja. Punca perselisihan pula berbagai-bagai, iaitu daripada soal-soal yang kecil hingga yang besar. Misalnya, perselisihan yang terjadi akibat perbezaan yang ketara dalam tingkat intergrasi, kecerdasan berfikir, rasa tanggungjawab, kelancaran social, rasa iri hati serta perbezaan latar belakang keluarga.

f.       Peranan
Terdapat sebahagian eksekutif yang mempunyai lebih daripada satu peranan atau tanggungjawab. Hal ini terjadi terutamanya pada eksekutif wanita, yang menjadi eksekutif di pejabat, tetapi juga menjadi suru rumah.

Tanda-tanda Anda Menghadapi Tekanan

Setiap orang menghadapi stress dengan cara dan gaya yang berbeza-beza, sehinggakan tanda-tanda stress yang ditonjolkan kelihatan berbeza-beza. Secara amnya, antara tanda stress ialah insomnia, resah gelisah, sensetif lalu mudah melenting dan marah, ingatan terjejas, tidak dapat menumpukan perhatian dalam banyak hal, selalu letih, lesu dan muram, tidak berminat terhadap seks, bahkan mati pucuk (pada lelaki).

Kesihatan fizikal mula terganggu dengan berbagai-bagai penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, gangguan sistem pencernaan, sesak nafas, darah tinggi dan sakit jantung.

Atasi Tekanan
Perkara yang utama dalam mengatasi tekanan adalah dengan memperkuatkan semangat dan dan memperkuatkan ketahanan tubuhserta mempertajam kemahuan peribadi. Satu hal perlu diingat, tekanan tidak dapat dipisahkankan sama sekali dengan kehidupan.

Berikut ialah beberapa cara yang boleh dipraktiskan untuk mengurangkan tekanan. Semuanya boleh digabungkan dalam kegiatan rutin seharian:

1.      Sikap

Bersikaplah secara realistic dan positif. Tanyakan pada diri sendiri sama ada maslah yang kita hadapi itu benar-benar ada atau sekadar khayalan belaka.

Jika benar-benar ada, fikirkan pula besar mana kesannya. Sesetangah maslah pula sebenarnya hanya kecil dan biasanya akan hilang dengan sendirinya. Kita juga hendaklah sentiasa bertindak positif dalam banyak hal. Misalnya, sekiranya stresnya berpunca daripada ketua, teman sepejabat atau orang bawahan kita, janganlah bertindak balas secara fizikal, sebaliknya bertindaklah dengan menggunakan kata-kata yang keras, tepat dan meyakinkan yang bersifat membela diri. Akhirnya, mereka mungkin dapat menghormati kita dan tidak lagi sewenang-wenangnya mempermainkan kita.

2.      Bersantai

Sewaktu kita bersantai, segala kegiatan fisiologi dalam tubuh akan menurun, ketegangan otot juga akan hilang. Tubuh akan membangun dan memperbaiki bahagian yang rosak dan otak juga akan menjadi segar dan santai. Terdapat pelbagai cara kita boleh bersantai. Cara-cara tersebut berbeza antara individu dan bergantung pula pada keadaan yang berbeza. Antara kaedah yang sering diamalkan adalah seperti meditasi, relaksasi otot bertahap autoanalisis atau sekadar duduk secara bersahaja.

Meditasi merupakan satu teknik bersantai mental dan fizikal yang cukup berkesan, terutamanya jika dipelajari dan diamalkan dengan betul. Ia tidak terhad kepada mana-mana agama pun kerana ia boleh disesuaikan dengan semua agama pun kerana ia boleh disesuaikan dengan semua agama atau fahaman mengikut kepercayaan dan keyakinan masing-masing.

Alihkan fikiran kepada sesuatu yang asing, iaitu sesuatu yang benar-benar berbeza daripada perkara yang sedang mengganggu fikiran kita. Tetapi hal yang baru ini bukanlah yang menimbulkan stress yang baru pula. Sambil duduk santai, cubalah amati betul-betul, contohnya sepohon bunga kertas, bintang di langit atau pola tenunan kain yang dipakai untuk beberapa saat. Ini barangkali boleh mencergaskan kembali otak kita yang berserabut. Otak yang berserabut sukar untuk menyelesaikan masalah sama ada maslah besar atau kecil.

3.      Rekreasi

Berekreasi atau bersenam ialah kaedah aktif untuk bersantai dan seterusnya mengendurkan stress. Beriadah akan menguatkan tubuh dalam menghadapi stress dengan memperkuat sistem kardiavaskular serta membentuk sikap positif. Otot yang tegang kerana stress dapat mengendur dengan beriadah, tubuh dapat mengeluarkan dan mengedarkan zat endorphin, suatu zat yang 200 kali lebih berkesan dalam memberi ketenangan berbanding dengan morlin dalam dos yang sama.

4.      Cuti

Cuti bukan hanya keperluan kesihatan mental dan fizikal, tetapi juga bagi kesihatan social. Sewaktu cutilah kita dapat mempererat hubungan social dengan keluarga dengan membawa mereka melawat ke tempat-tempat tertentu. Dengan itu, kita juga dapat berinteraksi dengan alam sekitar. Semasa bercuti, kita tidak sepatutnya melibatkan hal-hal yang boleh membebankan mental dan fizikal. Oleh itu, jangan sekali-kali bawa pekerjaan anda ke tempat percutian. Anda juga jangan menelifon ke pejabat dan bertanyakan tugas yang ditinggalkan.

Sesetengah orang mungkin cuba menghlangkan stress dengan bercuti dan melakukan kegiatan yang bersifat alamiah, seperti memancing, berkhemah, melakukan ekspedisi ke hutan dan gunung atau berehat di dudun. Semua aktiviti ini akan memberikan kesegaran semula kepada kita.


Ada juga orang yang perlu bercuti, khusus untuk menyendiri. Kadangala kiata perlu menyendiri supaya kita dapat menilik jauh ke dalam diri kita sendiri. Bercakaplah dengan jujur kepada diri sendiri. Periksalah kelemahan dan kekuatan yang ada pada kita, dan fikirkan serta renungkan apa sebenarnya yang kita inginkan dalam hidup ini. Dengan berbuat demikian, kita mungkin dapat menyelesaikan segala kekusustan dalam diri kita. Apabila kembali daripada bercuti, kita sepatutnya mendapat semngat baru untuk bekerja dengan daya pencapaian yang lebih baik dan mantap.