Saturday, December 6, 2014

Vitamin untuk Kekalkan Kesihatan Badan


Vitamin adalah bahan organic bukan kimia yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk menyelenggara fungsi metabolisma yang normal. Ia tidak dihasilkan dalam tubuh, oleh itu, ia perlu diambil dari sumber luar. Diet seimbang yang merangkumi keempat-empat kumpulan makanan (bijirin, daging, hasil tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah mencukupi untuk membekalkan sumber vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh.

Ada banyak jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Vitamin amnya dapat dibahagiakan kepada dua kumpulan. Pertama, vitamin yang larut dalam air (vitamin larut air), iaitu vitamin C dan vitamin B kompleks (B1, B2, B6, niasin, asid pantotenik, B12, asid pteroglumat dan biotin). Hal ini bermakna vitamin tersebut larut dalm tisu badan yang mengandungi vitamin yang tidak digunakan akan dikeluarkan oleh buah pinggang melalui air kencing.

Vitamin yang kedua ialah vitamin yang larut dalam lemak (vitamin larut lemak), ini termasuklah vitamin A, D, E, K dan F. vitamin jenis ini akan larut dan terkumpul dalam lemak yang terdapat di dalam badan untuk kegunaan seterusnya. Oleh itu, kita perlu mengambil vitamin larut air (dalam makanan) setiap hari sedangkan vitamin larut lemak mungkin tidak diperlukan setiap hari.

Walau bagaimanapun, tiada salahnya jika kita ingin mengambil vitamin dan mineral tambahan, tetapi biarlah yang bersesuaian dengan keperluan kita.

Biasanya pada lebel setiap jenama vitamin ada diperincikan semua kandungan vitamin dan mineral dalam kuantiti tertentu. Nila RDA boleh dijadikan panduan. Ada beberapa penunjuk yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan sama ada seseorang itu memerlukan vitamin dan mineral tambahan atau tidak. Antaranya:

1.      Jika makanan yang kita ambil adalah makanan yang seimbang dan diambil secara teratur, kita tidk memerlukan pil vitamin tambahan, kecuali ibu mengandung dan yang sedang/masih menyusukan anak.
2.      Jika kita makan secara tidak teratur atau makan makanan yang tidak seimbang, misalnya jarang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, maka kita memerlukan pil multi-vitamin sebagai tambahan.
3.      Jangan mengambil vitamin lebih daripada dos yang disyorkn sebagaimana yang tertera pada lebel jenama atau arahan doctor.
4.      Para perokok, kaki botol atau penagih najis dadah perlu mengambil pil vitamin sebagai tambahan.
5.      Pesakit yang menghidap penyakit yang berpunca daripada kekurangan mineral dan vitamin, perlu mengambil vitamin tambahan yang bersesuaian.
Pengambilan vitamin tambahan tidaklah mutlak bagi kesihatan, tetapi adakalanya vitamin tambahan perlu diambil jika kita tidak mengamalkan diet dan pengambilan pemakanan seimbang.

Memperkenalkan Multivitamin & Mineral dari Shaklee


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Vita-Lea
Suplemen yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh setiap orang dewasa.

Diambil secara harian, Vita-Lea boleh:
-          Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh*
-          Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata*
-          Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
-          Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas*