Tuesday, January 27, 2015

Gastrik Sering Menyerang?

Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada dua aiitu akut (acute) yang menyebabkan sakit yang tidak berpanjangan dan satu lagi kronik yang memakan masa lama, mungkin bertahun-tahun. Gastrik akut berlaku apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.


Gastrik kronik pula terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Puncanya termasuk makanan atau minuman yang menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum arak, mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (sifilis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat seperti menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh.

Bagi kes gastrik yang biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) sering kali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yang popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori). Gastrik atau istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang kira-kira 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus dan terus ke dubur. Dari mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat menghakis dan boleh malarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mucus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain gastrik:

·        Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
·         Pengambilan alcohol yang berlebihan.
·         Pengambilan kokain.
·         Merokok.
·         Stress.
·         Gangguan autoimun.
·         Penyakit crohn.
·         Radiasi dan kemoterapi.
·         Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
·         Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
·         Jangkitan kuman/parasite, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan  badannya.
·         Masalah lain seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

~Pengubatan Al-Quran: Ustaz Raflis Sabirin~

Ubati Masalah Gastrik dengan Protein Shaklee


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Energizing Soy Protein (ESP)

-          Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.


-          Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.