Monday, January 19, 2015

Histeria: Apa dan Punca Histeria

Apa Itu Histeria?

Orang Melayu menyebutkan histeria itu sebagai rasukan. Orang yang terkena histeria sering kali kelihatan mengalami luapan emosi yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit, menangis, menggelupur, mengamuk, tertawa berdekah-dekah, lumpuh atau berjalan dalam keadaan mamai.


Punca-Punca Histeria

Terdapat banyak sebab dan punca-punca histeria. Antaranya:


-Akibat kurang kasih sayang menyebabkan banyak masalah yang dipendam.

-Akibat gangguan mental, lalu emosi tidak mampu dikawal dengan baik.


-Akibat sihir.


-Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri.


-Akibat dendam atau simpati/cinta makhluk jin. Antara sebabnya kerana manusia itu suka mendedahkan aurat dan suka bertelanjang ketika bersendirian.


-Akibat saka iaitu warisan jin pendamping daripada keluarga.


-Sering lupa kepada Allah s.w.t., kurang beramal ibadat dan sering lalai sehingga syaitan berpeluang mencelah masuk ke tubuh badan kita.


-Kurang membaca doa-doa tertentu seperti "Bismillah" atau "Taawuz" ketika melakukan aktiviti-aktiviti seharian.


-Menyukai malah melakukan perangai yang disukai oleh syaitan (menurut hawa nafsu, mengabaikan hal-hal halal dan haram, memandang remeh pada perkara-perkara mungkar dan maksiat dan lain-lain).


-Melakukan perbuatan yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti permainan-permainan pemujaan roh atau menghadirkan roh, sehinggakan jin atau syaitan yang datang menjelma sebagaimana roh tersebut.


Doa menentang dan merawat sihir:

~Surah Yunus 10: 81-82.

~Surah al-A`raf 7: 118-122.
~Surah Taha 20: 69.
~Surah al-Nisa' 4: 84.
~Surah Yusuf 12: 64.
~Surah al-Mu'minun ayat 23: 115-118.
~Kemudian diikuti Ayat Kursi dan al-Muawwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas). 


-Solusi: Jadilah Remaja "Kebal" Histeria-