Friday, January 23, 2015

Info: Tenaga Emosi

Ramai daripada kita tidak menyedari kekuatan kuasa emosi. Malah emosi sering dianggap sebagai kelemahan. Sebenarnya emosi merupakan tenaga yang berkuasa dalam diri seseorang. Manusia boleh bertindak sebagai hero yang membanggakan kerana emosi, begitu juga sebaliknya, menjadi paling kejam jika gagal mengawal emosi.

Emosi ibarat bahan bakat manakala minda manusia pula jurupandunya, bersama, mereka mengemudi seseorang untuj berkembang secara bertamadun.

Terdapat empat emosi yang secara berasingan atau bersama dapat membantu seseorang memulakab sesuatu tindakab yang tidak diduga. Jika bijak menggunakan emosi untuk membakar serta menggerakkan keinginan, hidup seseorang pasti berubah.

Meluat atau Menyampah

Jarang sekali kita menganggap perasaan meluat sebagai positif. Tetapi sebenarnya, jika emosi ini disalurkan dengan betul, meluat atau menyampah ini mampu mengubah kita. Seseorang yang telalu meluat atau menyampah berasa dia tidak ingin berada dalam situasi dirinya pada saat dan ketika itu. Dia ingin keluar, berhenti dan berkata, "cukuplah!" kerana terlalu meluat.

Dia tidak lagi mahu hidup dalam ketakutan, kesakitan, ditindas, dimalukan, dipandang rendah, disia-siakan dan sebagainya. Disebabkan rasa meluat dan menyampah, dia mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Pada masa inilah emosi tersebut memberi tenaga berkuasa. Jika digunakan dengan positif, ia mampu memacu kejayaan seseorang.

Membuat Keputusan

Kebanyakan kita hanya akan membuat sesuatu keputusan apabila terdesak. Apabila mencapai tahap ini, kita terpaksa berhadapan dengan konflik emosi kerana membuat keputusan tersebut. Sebab itu tidak hairanlah jika berasa takut, tidak boleh tidur lena, berpeluh-peluh apabila telah membuat sesuatu keputusan.

Membuat keputusan yang boleh mengubah hidup ibarat berperang dalam diri. Pelbagai perasaan saling berlawan dengan macam-macam alasan untuk mengusai minda kita. Akhirnya keputusan yang kita buat, sama ada kecil atau besar, difikir semasak-masaknya atau secara impulsif, boleh menentukan arah tindakan atau mengaburinya.

Yang penting diingat ialah, buatlah keputusan. Biarpun mengambil keputusan yang silap daripada tidak membuat keputusan langsung. Setiap kita perlu berhadapan dengan kemelut emosi dan merungkai perasaan kita.

Keinginan

Keinginan daripada dalam diri seseorang, tetapi faktor-faktor luar boleh menjadi pencetus keinginan. Apa sahaja boleh mencetuskan keinginan jika kenabl pada masa dan persediaan yang ada; sebuah lagu, kata-kata penceramah, filem, kata-kata seorang teman ketika berbual, konfrantasi dengan musuh atau satu pengalaman pahit.

Sementara mencari pencetus keinginan itu, terimalah setiap pengalaman positif yang datang dalam hidup kita. Jangan bina benteng untuk melindungi diri daripada mengalami kehidupan. Pengalaman-pengalaman pahit sebenarnya memperkayakan hidup, jadi janganlah takut menghadapinya. Malah pengalam itulah yang mungkin mampu mengubah hidup kita.

Keazaman

Keazaman yang kuat adalah faktor yang amat penting dalam kejayaan dan kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai kualiti ini. Mereka tidak mudah menyerah kalah, berbelah bahagi atau ragu-ragu tentang matlamat yang ingib dicapai. Keazaman mereka meruntuhkan pelbagai halangan dalaman dan luaran dalam menempah kejayaan.

Keazaman adalah berjanji pada diri sendiri anda tidak akan berputus asa. Kesabaran menempuh pelbagai dugaan serta halangan, bertahan walaupun hebat diuji, bijak menyusun strategi dan menyatakan, "Walau apa pun terjadi, aku akan teruskan".

-Al Islam: Meniti Cabaran-