Sunday, January 4, 2015

Khasiat Buah Kiwi untuk Kanak-Kanak




· Sebagai buah yang menghasilkan vitamin C terbesar berbanding buah-buah lain dan vitamin E dalam buah kiwi berfungsi sebagai antioksida, pencegah sel kanser, mengekalkan kesihatan menyeluruh, mencegah penyakit tulang bengkok dan mencegah diri daripada serangan selesema. Vitamin C dalam setiap kiwi juga dapat memelihara kulit agar tetap sihat dan bersih.

· Mengandungi actinides yang mengatasi sembelit.


· Kiwi mengandungi kadar kandungan serat yang tinggi dan dapat membantu melancarkan proses pencernaan.

· Kaya dengan khasiat imunisasi yang menghindar dari sebarang bentuk sebaran penyakit. Ia amat baik khususnya untuk kanak-kanak agar kekal cergas.


· Kiwi turut mengandungi beta karoten yang baik untuk kesihatan mata.

· Mengawal kadar kolesterol dan kadar gula dalam darah kerana kandungan glisemiknya yang rendah.


·Kiwi juga sesuai dijadikan diet harian sejak kanak-kanak lagi memandangkan kebanyakkan kanak-kanak kini terdedah dengan masalah obesity.