Saturday, January 31, 2015

Oh Mataku Rabun!: Rimas Pakai Kacamata? Jom Terangkan Mata Anda Secara Semulajadi.

Kadang kala pemakaian kacamata agak merimaskan. Tetapi apa boleh buat, ia sudah menjadi satu kebergantungan kerana mata mengalami masalah rabun. Semuanya gara-gara gaya hidup masa kini.


Rutin menghadap komputer atau menjalankan tugas yang memerlukan tumpuan yang tinggi memberi kesan pada keupayaan mata melihat dengan jelas. Ditambah pula dengan kesebukan dan kekurangan mineral untuk tubuh, keadaan ini memaksa segelintir daripada kita di luar sana juga punya masalah yang sama.

Untuk mengatasi masalah mata rabun dan mengelakkan ianya berlarutan, pengambilan makanan berkhasiat adalah antara penyelesaian yang terbaik. Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan serat dan vitamin A amat sesuai dijadikan penawar untuk mendapatkan mata yang sihat. Malah ibarat satu bonus, ia juga bermanfaat memberi perlindungan pada tubuh kesan kehadiran antioksidan yang tinggi.

Kenyataan ini bukan hanya omongan kosong. Para saintis telah membuat kajian bertahun-tahun lamanya berhubung kebaikan sayuran dan buah-buahan berjaya mengesan kehadiran fitonutrien. Lebih hebat, oenemuan ini telah berjaya membongkoar rahsia kehebatannya yang juga bergelar karotenoid sebagai antioksidan yang paling mujarab mencegah pelbagai penyakit.


Fungsi karotenoid yang juga hadir dalam pelbagai jenis secara mendalam, ia boleh mengekalkan kesihatan mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung dalam jangka masa panjang. Antara karotenoid yang hebat itu adalah seperti berikut:

Astaxanthin

-          Didapati di dalam mikro alga dan fitoplankton ia turut digelar ‘Raja Karotenoid’ kerana khasiat kesihatannya yang luar biasa. Mempunyai daya mengesan radikal bebas yang tinggi dan dapat mengekalkan tahap kesihatan kolesterol, Astaxanthin juga bertindak sebagai perisai UVB dan UVA. Jadi, tidak mustahil ia juga cukup hebat menjadikan kulit lebih muda berseri.

Likopena

-          Merupakan pigmen merah yang terdapat dalam tomato, strawberi dan tembikai, ia membantu untuk mengekalkan kesihatan prostat, serviks dan sistem pembiakan.

Alfa dan Beta Karotena

-          Brokoli, lobak, tembikai wangi dan ubi keledek antara sayuran tinggi Alfa dan Beta Karotena. Berperanan menguatkan sistem imunisasi. Beta Karotena bertindak bertukar menjadi retinol yang penting untuk daya penglihatan yang baik.

Lutein dan Zeaxantin

-          Banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau, dikenal pasti dapat menyokong kesihatan mata seiring dengan peningkatan usia dalam proses penuaan.

Jom Terang dan Sihatkan Mata Anda Dengan Carotomax Shaklee!



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hebatnya penangan sayuran dan buah-buahan dengan kehadiran karotenoid! Namun bagaimana mendapatkan kesemua khasiatnya dalam satu masa? Kepada yang masih tercari-cari kebaikan ini dan dalam masa yang sama ingin mengambilnya dalam cara yang mudah dan cepat, makanan tambahan Carotomax Shaklee adalah pilihan yang tepat!.

Menawarkan spectrum antioksidan menyeluruh bagi membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan ancaman radikal bebas, setiap hidangan Carotomax Shaklee mengandungi karoteoid utama yang terdiri daripada Beta Karotena seumpama 102 hidangan pisang, Astaxanthin seumpama sepotong ikan salmon, Likopena seumpama 714 biji buah apricot, Luteina dan Zeaxanthin seumpama 285 biji buah limau gedang dan Alfa Karotena seumpama 89 biji buah rasberi!

Carotomax Shaklee ini adalah gabungan pelbagai Karotenoid terbaik dan membantu memenuhi keperlan tubuh. Bukan itu sahaja, paling penting Carotomax Shaklee membuatkan sesiapa sahaja yang mengambilnya bebas daripada cengkaman masalah penglihatan melibatkan kerabunan dan bergantung kepada kacamata.


~Sumber: www.shaklee.com.my~