Saturday, January 17, 2015

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM






Larangan-larangan Terhadap Amalan Perbuatan Dan Kebiasaan Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Tubuh Badan

-       Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
-       Mandi setelah makan.
-       Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
-       Berjaga malam selain qiamullail.
-       Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum islam.


Faktor-faktor Yang Menguatkan Tenaga Tubuh Badan

-       Memakan daging halal.
-       Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
-       Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
-       Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
-       Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
-       Memakan makanan yang agak manis.


Faktor Yang Boleh Mendatangkan Penyakit

-       Bercakap banyak.
-       Tidur banyak.
-       Makan banyak.
-       Banyak jimak.

4 Faktor Yang Boleh Melemahkan Badan\

-       Banyak jimak.
-       Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
-       Banyak minum air yang bercampur dengan air liur sendiri.
-       Banyak memakan makanan yang serba masam.

Bagi Menambahkan Kecerdasan Akal

-       Tinggalkan dari bercakap kosong.
-       Sentiasa bersugi/ gosok gigi.
-       Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.




Larangan Dan Peraturan Selepas Makan

-       Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
-       Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
-       Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


Supaya Air Yang Diminum Menatangkan Kesihatan Untuk Badan Seboleh-bolehnya Jangan Meminum Air Di Waktu-waktu Berikut:

-       Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
-       Selepas berjimak.
-       Selepas makan atau sebelumnya.
-       Ketika sedang makan.
-       Selepas memakan buah-buahan.
-       Selepas keluar dari bilik mandi.


Cara Tidur Yang Sebaik-baiknya Diamalkan Oleh Rasulullah s.a.w.

-       Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
-       Bangkitlah di awal separuh kedua malam ja 1.00 tau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
-       Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
-       Tidurah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat haam makanan. Tidurlah sedemikian dari mua sampai akhir.


Waktu-waktu Yang Tidak Dibenarkan Tidur.

-       Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
-       Selepas masuk waktuAsar.
-       Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan.


Bahaya Tidur Di Siang Hari. Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana

-       Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
-       Merosakkan warna kulit.
-       Melemahkan jantung.
-       Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
-       Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
-       Melemahkan kecerdasan akal.


Cara Menghidarkan Lesu Selepas Bangkit Tidur.

-       Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
-       Hindarkan dari tidur lewat malam.
-       Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
-       Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
-       Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Perkara-perkara Yang Boleh Melemahkan Tenaga Dan Mempercepatkan Tua.

-       Banyak melakukan jimak.
-       Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
-       Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


Sebab-sebab Utama Ditimpa Penyakit Jantung.

-       Merokok yang berterusan.
-       Kolesterol yang berlebihan (punca yang utama).
-       Kurang tidur.
-       Sentiasa mandi ditengah malam.
-       Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
-       Melakukan kerja secara berterusan.


Faktor-faktor Yang Membawa Kepada Lemah Daya Penglihatan

-       Melihat kepada benda-benda kotor.
-       Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
-       Duduk dengan membelakangkan kiblat.
-       Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.


-       Banyak menagis.