Wednesday, March 18, 2015

Antara Sebab Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala

Anencephaly ni adalah satu keadaan kecacatan serius sistem saraf tunjang – dimana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala. Sistem saraf tunjang gagal untuk ditutup. Kecacatan teruk pada otak dan saraf utama.

Kenapa ia berlaku? Antara sebab yang dikaitkan adalah toksin-toksin persekitaran, kekurangan pengambilan folic acid (Viamin B9) semasa kehamilan dan mutasi gen yang terlibat dalam metabilsma folic acid.

Ia boleh di kesan melalui ultrasound. Kesian sangat bila ada patient yang ada kandungan macam ni. Biasanya doktor akan cadangkan untuk diawalkan proses bersalin (Termination of pregnancy) sebab risiko kematian mmg sangat tinggi.

Kes ini berlaku biasanya 1 : 10,000. Memang nampak tak banyak, tapi kalu satu tu la anak yang kita kandungankan? How it feel? Tambahan pula, jika pernah ada kandungan begini, risiko untuk dapat kandungan seterusnya begitu pun tinggi sekiranya tiada sebarang langkah pencegahan dilakukan. Nauzubillah. Semoga kita semua dilindungi.

Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan folic acid yang mencukupi oleh wanita yang merancang untuk hamil dapat mengurangkan kecatatan ini sebanyak 50-70%!

Selain itu, folic acid membantu untuk pembetukan sel darah merah, membaiki DNA dan fungsi sel. Folic acid bantu pertumbuhan uri dan perkembangan bayi yang sempurna.

Folic acid boleh diperolehi melalui diet yang sempurna . Makanan yang tinggi Folic acid adalah seperti sayuran-sayuran hijau, bayam, brokoli, romain lettuce, bendi , cauliflower , celery, carrot dan asparagus, betik, oranges, anggur, kekacang dan avocado.

Pengambilan supplement Folic acid 400mcg diwajibkan untuk ibu-ibu hamil. 2 tablet Vitamin B complex natural based - boleh membantu merubah kesihatan ibu dan bayi.


[Sumber: Dr. Malinda Mohd Ali]