Thursday, March 26, 2015

Serat dalam Pemakanan

Persoalan yang sering ditimbulkan ialah apakah yang dimaksudkan dengan serat? Perlukah kita makan serat? Pada tahun 1969, seorang doktor England melaporkan bahawa beberapa penyakit saluran pencernaan seperti barah dubur, barah usus besar, radang usus (apendisitis) dan buasir sangat jarang ditemukan di negara yang penduduknya banyak memakan serat tumbuh-tumbuhan. Carta ini membandingkan antara penduduk di kawasan Tropika mereka dengan penduduk di kawasan Eropah.




Antara beberapa sebab serat perlu ada dalam makanan kita ialah:

1.      Serat akan mengembang memenuhi rongga usus sehingga kita berasa kurang lapar ini baik untuk seseorang yang ingin mengurangkan berat badan.
2.      Serat dapat menyerap dan menyimpan air dalam makanan sehingga dapat menjadikan najis lebih lembut. Ini dapat mengurangkan sembelit dan kemungkinan terjadinya buasir.
3.      Menolong pengeluaran najis dengan cepat dan mengurangkan tekanan dalam usus. Hal ini juga akan memendekkan masa hubungan antara karsinogen (penyebab barah) yang ada dalam makanan dengan usus.
4.      Serat dapat melambatkan penyerapan gula. Di samping itu, penyerapan sari makanan juga akan menjadi lebih singkat sehingga tidak semua kandungan kalorinya akan terserap.
5.      Serat mengikat dan menyerap lemak dan asid hempedu, serta mengurangkan kepekatannya untuk diserap ke dalam saluran darah. Mekanisme ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan kurangnya kejadian penyakit jantung, strok dan penyakit pembuluh darah yang lain.
6.      Diet berserat sangat berkesan dalam pengubatan sembelit kronik dan beberapa jenis penyakit usus seperti diverticulitis dan Irritable Bowel Syndrome. Diet berserat tinggi juga baik untuk pesakit kencing manis dan obesity.
7.      Jenis serat yang berlainan memenuhi keperluan yang berbeza-beza pula di dalam tubuh. Berapa banyakkah serat yang diperlukan oleh tubuh? Hal ini dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang, maka dapat dikatakan bahawa keperluan serat kita telah mencukupi.

Walaupun serat boeh dikatakan bukan zat makanan dan hanya tumpang lalu sahaja dalam saluran pencernaan kita, namun ia perlu dimakan. Ia berperanan penting untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.