Thursday, May 21, 2015

Abnormal Ketika Haid

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

a.      Dismenorea

Ia merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sitematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau sekunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroid (ketumbuhan otot-otot pada bahagian Rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit. Sakit akibat dari dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin mengakibat  masalah yang serius dan perlu dirujuk pada doktor sakit puan.

b.      Menoragia

Merupakan pendarahan yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada 9%  hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

c.       Amenorea

Merupakan masalah tidak dating haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlakunya haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan tidak berfungsinya kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor sakit puan. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjar pituitary, kelenjar adrenal, ovary dan uterus.

d.      Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh haid

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertakan dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh evaluasi. Jika masalah ini berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

e.       Sindrom pra haid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Pra Haid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-akhir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormone. Masa bermula gejala ini berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

·         Psikologikal – emosi menjadi terlalu sensitive, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
·         Neurologic – sakit kepala (migraine), pening, pitam, sawan.
·         Payu dara – tegang, bengkak.
·         Saluran gastrousus – sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula.
·         Kaki dan tangan – bengkak dan berair (edema).
·         Kurang membuang air kecil.
·         Kulit berjerawat.

Setiap wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit-penyakit yang lebih serius. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau payu dara kelihatan tidak normal di bahagian puting.


Produk apa yang sesuai untuk mengatasi masalah semasa haid ini?



GLA Complex



GLA, Vitamin E dan Minyak Benih Bunga Matahari

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6*. ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel*.

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
  • Menyokonh sistem imun*
  • Minyak Borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap.


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.