Tuesday, May 12, 2015

Makanan Pembangkit Libido

Perhubungan seks bukan hanya apa yang anda lakukan di tempat tidur, pasti anda memerlukan ‘power’ saat bertempur bukan? Agar hubungan seks anda lebih lama dan lebih berjaya. Cuba mulai membiasakan diri mengamalkan makanan untuk membangkit libido. Berikut 11 makanan yang kandungannya diyakini boleh menaikkan ghairah seksual:

a.      Seledri 
Seledri, sayuran yang kerap kita jumpai sebagai pelengkap hidangan, merupakan sumber makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seksual kerana seledri mengandungi senyawa androsterone, hormone tanpa bau yang keluar melalui keringat lelaki. Hormone ini diyakini boleh membuat wanita terangsang.

b.      Tiram Merah
Tiram dikenali sebagai makanan laut yang kaya zat besi yang boleh menaikkan jumlah sperma dan produksi testosterone, selain mengandungi dopamine, hormone yang diyakini boleh menaikkan ghairah seksual. Cubalah menghisap tiram bersama pasangan sebagai permulaan seks anda, saling menyuapi akan membuatkan permainan seks anda makin hangat dan erotic. Cuci bersih bahagian luarnya (cengkerang) untuk menghilangkan bakteria dan kotoran yang terlekat). Buka cengkerangnya dan letak ke dalam sebuah bekas berisi ais batu, jika anda suka anda boleh menambahkan perahan lemon.

c.       Pisang
Pisang mengandungi enzim bromelain yang dipercayai boleh menaikkan dan memperbaiki libido lelaki. Sebagai buah tropika pisang merupakan sumber potassium dan vitamin B seperti riboflavin yang boleh meningkatkan energy tubuh. Cara menikmatinya ialah letak pisang yang sudah dibuang kulitnya dalam sebuah bekas. Minta pasangan anda memakannya pada bahagian hujungnya anda pula makan di bahagian hujung lainnya.

d.      Apricot
Penduduk Aztecs (penduduk asli Nahuati) yang membangun pemerintahan Mexico sebelum menjadi rebutan Cortes pada 1519), menyebut buah apricot sebagai “testicle tree”. Apricot mampu menurunkan risiko stroke dan serangan jantung kerana apricot merupakan satu-satunya buah yang kaya lemak, bahkan kadarnya lebih dari dua kali kandungan lemak dalam durian. Kemampuan ini diperkuat oleh kandungan betakaroten, klorofil, vitamin E dan vitamin B kompleks. Bukan hanya bagus untuk kesihatan tubuh, buah yang menyerupai bentuk tubuh wanita ini juga memiliki kandungan yang membantu meningkatkan stamina seks. Kandungan asid folik nya melancarkan etabolisma protein dan menakkan energy tubuh. Pengabungan dua unsur apricot, vitamin B6 (nutrisi yang membantu menaikkan produksi hormn wanita) dan potassium (membantu merangsang kelenjar thyroid), diyakini boleh meningkatkan libido lelaki dan wanita.

e.       Almond
Almond merupakan sumber penting bagi kesihatan hormone wanita. Aroma yang dikeluarkan almond membantu membangkitkan hasrat wanita. Menyalakan beberapa lilin aroma terapi beraroma almond boleh membantu membangkitkan ghairah seksual anda dan pasangan. Anda juga boleh hanya makan dengan begitu sahaja.

f.       Mangga, Peach dan Strawberry
Manga, peach dan strawberry adalah buah segar yang kaya vitamin C yang sedap. Tiada salahnya melibatkan peranan ketiga buah ini dalam menghangatkan cinta anda. Lumurkan jus campuran ketiga buah ini keseluruh tubuh anda dan minta pasangan anda menjilatnya. Bukan hanya saling mengeksplorasi tubuh pasangan, anda juga bakal merasai seks yang exotic.

g.      Telur
Meskipun telur bukan makanan sensual, telur masih merupakan sumber utama vitamin B6 dan B5 yang membantu meningkatkan tingkat keseimbangan hormone dan memerangi stress, dua hal utama yang penting bagi kesihatan libido. Telur juga dikenali sebagai symbol kesuburan dan kelahiran kembali. Telur ayam mentah sering dimakan untuk menaikkan tenaga dan memaksimakan tenaga.

h.      Hati/liver
Hati merupakan sumber haiwan yang kaya akan glutamine (jaringan peningkat sistem kekebalan tubuh) mengambil hati secara rutin boleh meningkatkan libido yang mulai turun. Pastikan selalu memasukkan hati dalam menu diet harian anda. Anda boleh mengolah hati dan menggorengnya dengan campuran hirisan bawang putih, rempah-rempah dan menggorengnya.

i.        Kurma/buah ara
Buah legit yang sering dijumpai di bulan puasa ini memiliki kandungan asid amino yang dipercayai boleh menaikkan libido dan menaikkan stamina seksual. Bentuk dan aroma manis buah kurma yang masih segar boleh merangsang nafsu seksual anda dan pasangan.

j.        Bawang putih
Salah satu rempah dapur ini memang memiliki sejuta khasiat, meskipun cenderung beraroma menyengat, bawang putih mengandungi allicin yang boleh melancarkan peredaran darah ke organ seksual. Ia juga dapat meningkatkan libido. Kini terdapat pelbagai ekstrak bawang putih yang dijadikan kapsul di pasaran. Cuba rasakan khasiatnya.

k.      Coklat
Coklat makanan sensual yang banyak mengandungi theobromine (alkaloid) yang khasiatnya setanding kafein. Coklat kaya akan phenylethylamine, kandungan kimia yang diyakini boleh meningkatkan perasaan cinta dan tenang. Coklat juga diambil saat dalam keadaan tertekan. Dark chocolate mengandungi antioksida dalam jumlah yang besar yang sangat berguna bagi sistem kekebalan tubuh. Pengambilan coklat sebelum beraksi bakal menjadikan seks anda semakin hangat.