Wednesday, March 22, 2017

Hilang Tumpuan? Ikuti langkah Ini

Sumber: Google

Untuk mendapat hasil kerja yang berkualiti, tumpuan yang sepenuhnya amatlah penting. Tidak kira sama ada dalam ibadah, urusan kerjaya, kekeluargaan, mahupun kemasyrakatan. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk membina tumpuan minda terhadap sesuatu perkara? Ikuti tips ini:

Berfikiran positif
Pertimbangkan elemen-elemen yang indah dalam perkara yang ingin anda lakukan itu. Jika anda hendak membaca, fikirkan faedah dan manfaat kepada diri anda. Fikirkan ilmu dan pengalaman yang anda dapat jika membaca. Cara ini akan menimbulkan rasa tidak sabar untuk melakukannya.

Baca Doa Sebelum Bermula
Mulakan setiap urusan dengan bacaan doa. Mulakan dengan ucapan syukur kepada Allah dan selawat ke atas Nabi. Selepas itu, lafazkan doa dengan jelas, sehingga boleh didengari oleh telinga sendiri dan boleh dijayati sebelum memulakan kerja.

Abaikan Keadaan Sekeliling dan Lupakan yang Lain
Jangan pedulikan kebisingan sekeliling. Anda tidak boleh elakkan kebisingan. Hanya pada tempat dan waktu tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya dan ia bukan mudah. Jangan cerewet. Belajarlah untuk berprestasi di tempat yang ‘agak’ bising. Gunakan kaedah ‘Jangan jaga tepi kain orang’ sekiranya anda ingin ‘mengasingkan diri’ daripada segala kebisingan itu.

Penuhkan otak anda dengan apa yang anda ingin lakukan. Buat satu senarai soalan-soalan dalam kepala anda mengenai apa yang anda ingin lakukan. Timbulkan pertanyaan yang mendesak akal supaya berfikir. Dengan ini otak akan sentiasa melompat-lompat mencetuskan idea-idea yang lain. Setelah fikiran anda telah penuh dengan persoalan tentang kerja yang bakal anda lakukan, in shaa Allah minda anda akan bersedia untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

Buat Persiapan Sebelum Memulakan Sesuatu
Pastikan bahawa semua peralatan yang diperlukan sudah tersedia sebelum anda memulakan pekerjaan. Usah biarkan konsentrasi anda terganggu dengan petkara remeh seperti tertinggal pen atau buku. Setiap kali kita pergi untuk mendapatkan sesuatu, ia bukan sahaja mengambil masa, bahkan ianya juga mengganggu ‘kuasa tumpuan’ anda.

Jangan Tahan Lapar
Membiarkan perut anda dalam keadaan lapar boleh menghilangkan tumpuan anda tidak kira apa jua keadaan anda. Usah diseksa perut anda yang sedang menyanyi. Luangkan sedikit masa mengisi sehingga hilang rasa lapar itu. Makanlah secara bersederhana kerana terlbih makan juga boleh menyebabkan hilangnya daya tumpuan untuk melakukan sesuatu.

Elakkan Bersama Orang yang Tidak Berdaya Saing
Biasanya mereka yang mempunyai daya saing yang rendah mempunyai kecenderungan untuk hilang tumpuan dalam urusan mereka. Jika anda seringkali dikelilingi oleh orang yang begini, besar kemungkinan tumpuan kerja nda juga akan terganggu.


Proses untuk meningkatkan daya tumpuan minda terhadap sesuatu itu agak sukar diperingkat awal. Anggaplah ia suatu proses pembelajaran. Lakukan perlahan-lahan. Konsisten dengan perubahan positif dan kejayaan pasti akan menjadi milik anda. In shaa Allah.