Wednesday, May 24, 2017

Mencari Stail Sendiri



Apa yang anda perlu pertimbangkan: Pemilihan pakaian dan cara anda menggayakannya akan menggambarkan peribadi diri sama ada diri seorang yang ceria, feminin atau 'rebellious'. Ikuti enam langkah untuk membongkar stail anda.

1. Cuba jenguk wardrobe anda

Apakah pakaian yang paling banyak di dalam almari anda. Jika banyak gaun, stail anda feminin dan sweet. Jika penuh dengan seluar stail anda simple dan relaks.

2. Fikirkan tentang pakaian kesukaan anda

Belek album gambar lama. Fokus kepada apa yang anda lihat pada diri, adakah anda suka dengan pilihan warna, potongan dan stail itu. Sesuaikah pula dengan bentuk tubuh?

3. Apakah yang anda pakai, kali terakhir dipuji seseorang?

Mungkin ada orang pernah berkata kepada anda kelihatan anggun dalam sesuatu pakaian. Jadi, akan datang sentiasa tampil dengan pakaian yang mempunyai ciri-ciri pakaian itu untuk memudahkan anda pergi shopping.

4. Bila shopping, apa yang menarik perhatian anda?

Sedang anda 'just browsing' di butik kegemaran, apakah yang menarik perhatian mata anda dahulu (gunakan deria mata dan deria rasa). Kenal pasti adakah gaya anda klasik, sporty, glamor ataupun simple.

5. Stail siapa yang paling anda suka?

Majalah adalah rujukan terbaik untuk mencari idea dan fesyen terkini. Foto selebriti boleh dijadikan petunjuk untuk menata gaya sendiri. Jika idola anda itu suka dengan stail vintage, cari saja di kedai second hand atau bundle.

6. Layari laman Web Fesyen

Layari internet, cuba buka laman web fesyen. Jika ada fesyen runway yang cantik dan praktikal paling sesuai di mata anda, simpan dan masukkan ke dalam folder sebagai rujukan ketika anda mahu bergaya.