Sunday, June 4, 2017

Gejala di Awal Puasa



Ketahui gejala yang mungkin dialami ketika di awal puasa;

-Sakit kepala. Ini berlaku kerana toksin yang berkumpul di dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.

-Lenguh-lenguh badan.

-Lidah berdaki (berwarna putih) dan mulut berbau.

-Air kencing pekat (kekuningan) dan berbau.

-Cirit-birit.

-Letih lesu. Keadaan ini berlaku kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam badan dan masih mengharapkan tenaga dari makanan yang dimakan dari luar. Maka, gula di dalam darah berada di tahap rendah dan badan terasa lemah longlai walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan. 

Thursday, June 1, 2017

Tips Ketika Berpuasa





Ikuti beberapa tips untuk panduan anda ketika berpuasa:

-Minum air yang mencukupi, banyakkan minum air masak atau air suam.

-Kurangkan minum minuman berkafein dan jauhi tabiat merokok.

-Jangan terlalu gelojoh ketika makan (berbuka puasa)

-Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau.

-Jadikan buah-buahan seperti kurma, buah tin, prun dan limau ketika berbuka atau bersahur.

-Makan secukupnya untuk memberi ruang bernafas dengan selesa. 

-Pengambilan vitamin B2, vitamin C dan multivitamin atau multimineral boleh membantu membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi.